Latest News

Wednesday 4 November 2015

PEMBANGUNAN PERLU MASA DAN KEWANGAN YANG CUKUP

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) We always have the answer whatever excuses you have oleh FB Doris Jones (screenshot)

PEMBANGUNAN memerlukan masa dan kewangan serta kestabilan politik. Salah satu penyumbang kepada lambatnya pembangunan Sabah adalah kerana kerapnya perubahan kerajaan pada suatu ketika dahulu. Setiap parti yang mengambil alih kerajaan perlu bermula dengan perancangan baru kerana perancangan kerajaan yang diganti tidak boleh diguna pakai dan sememangnya ditolak oleh rakyat. Perancangan memerlukan masa kepakaran dan disesuaikan dengan kewangan.

Sebenarnya, Sabah walaupun telah merdeka bermula tahun 1963 namun hanya mengecapi sedikit pembangunan antara tahun 1976 hingga 1985 dan tahun 2003 hingga kini. Tahun-tahun yang tidak disenaraikan adalah tahun-tahun di mana Sabah sedang gawat sama ada dari segi kewangan mahupun politik. Tambahan pula, Sabah mempunyai keluasan 3/4 Semenanjung dengan jumlah penduduk yang tidak mencukupi untuk perkembangan ekonomi. Sumber kewangan pula yang hanya bergantung kepada hutan dan pertanian serta royalti minyak yang tidak sampai RM1 bilion setahun pada tahun-tahun tersebut. Maka, pembangunan Sabah terbantut.

Apa yang diketahui oleh Doris Jones? Sedangkan dia sudah menjadi pelarian sejak lebih 20 tahun lalu. Dia sudah mempunyai mentaliti seperti penjajah. Ini kerana selama lebih 20 tahun melihat hasil pembangunan negara penjajah di mana antara lain mengaut daripada kekayaan negeri jajahan yang dibawa keluar dan diangkut pergi oleh penjajah.

Pembangunan memerlukan dana yang besar. Jika dilihat daripada segi dana pembangunan melalui bajet 2016, dana untuk pembangunan seluruh negara hanya berjumlah RM51 bilion. Bayangkan sebuah negara yang mempunyai pelbagai sumber pendapatan hanya mampu menyediakan RM51 bilion untuk pembangunan. Dan perlu diketahui bahawa RM29.5 bilion daripada jumlah itu diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak.

Pembangunan perlu masa dan keperluan. Infrastruktur yang dibina perlu mempunyai tujuan ekonomi dan dapat memberikan peluang bagi rakyat menambah pendapatan dan pekerjaan. Itu bukan sahaja hanya dengan istilah pembangunan itu sendiri. Bahkan, setiap pembangunan mempunyai matlamat dan tujuannya. Inilah yang ada dalam benak Doris Jones yang mahu menghasut pemikiran rakyat kononnya kerajaan perlu membina apa sahaja tanpa tujuan diibaratkan sama seperti kera mendapat bunga.

Kenyataan Tan Sri Joseph Kurup tersebut adalah kenyataan jujur dan ikhlas sesuai dengan keadaan semasa dan keperluan pembangunan itu sendiri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook