Latest News

Wednesday 18 November 2015

Pembayaran KHAS Kepada Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) berapa kah jumlah yang benar hak Sabah ini Oleh FB Darell Leiking (screenshot)

MEMANG benar pembayaran khas daripada Persekutuan ke atas Sabah sehingga kini berjumlah RM26.7 juta sejak tahun 1969. Pembayaran khas itu merupakan bayaran tetap bagi Sabah bagi mengurus pentadbiran negeri termasuklah majlis-majlis kerajaan tempatan.

Walaubagaimanapun, peruntukan kewangan yang diberikan kepada Sabah apakah melalui bajet tahunan persekutuan atau melalui kementerian-kementerian persekutuan seperti Kementerian Pendidikan, Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta kementerian-kementerian lain dan agensi-agensi persekutuan seperti Felda, Felcra, LKIM dan sebagainya, jika dijumlahkan secara keseluruhan ianya melebihi jika dikira faktor inflasi yang diasaskan kepada RM26.7 juta bermula tahun 1969.

Menurut MP Penampang itu, jumlah kini RM26.7 juta adalah sepatutnya RM173 juta. Sedangkan peruntukan kerajaan Persekutuan melalui berbagai Kementerian dan agensi persekutuan  sudah melepasi 10 kali ganda RM173 juta.

Kerajaan negeri mempunyai data statistik perolehan persekutuan di Sabah. Jika benarlah nett revenue 40 peratus lebih besar atau lebih tinggi berbanding dengan aliran kewangan persekutuan ke Sabah melalui berbagai kementerian dan agensi, sudah tentu telah lama kerajaan negeri meminta untuk menuntut bayaran tersebut. Oleh kerana jumlah nett revenue 40 peratus adalah lebih rendah dan kecil berbanding aliran peruntukan daripada Persekutuan, maka hingga kini kerajaan negeri tidak bercakap mengenai bayaran nett revenue itu walaupun sejak akhir-akhir ini ianya dibincangkan malah ditubuhkan jawatankuasa untuk mengkajinya semula.

Darell Leiking mungkin tidak mempunyai data kewangan berkaitan jumlah kewangan daripada Persekutuan yang dibelanjakan di Sabah. Maka atas sebab itu, lebih fokus kepada perkara kecil seperti pembayaran khas ke atas Sabah.

Pembayaran khas ke atas Sabah sebenarnya telah diambil tahu oleh MP Kimanis yang juga Menteri Luar Negeri iaitu Dato' Sri Anifah Aman. Malah, pengkajian berkaitan nett revenue 40 peratus telah diserahkan kepada Perdana Menteri. 

AFS sebelum ini pernah menyuarakan bahawa kerajaan negeri perlu berhati-hati berkaitan dengan nett revenue 40 peratus kerana ianya jarang berlaku seperti perumpamaan "yang dikejar tidak dapat, yang digendong berciciran".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook