Latest News

Thursday 5 November 2015

PENDEDAHAN ESSCOM: Tindakan Para Petualang Durjana!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) inilah hasil projek i.c kerjasama antara pbs prbs upko barisan nasional Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)


SEBENARNYA, tindakan ketua-ketua komuniti itu adalah bukan polisi kerajaan. Akan tetapi, itu adalah tindakan peribadi yang bermotifkan kewangan semata-mata. Mereka inilah yang bertindak sebagai petualang kepada rakyat Sabah dan negara!

Masalah petualang dan tindakan individu-individu yang bermotifkan kewangan adalah faktor utama bagi kebocoran PATI di Sabah. PATI sanggup membayar wang yang lumpayan kerana mereka tahu bahawa mereka sangat mudah mencari sumber wang di Sabah. PATI membayar sejumlah wang untuk mendapatkan dokumen sebagai pelaburan untuk tinggal di Sabah dan seterusnya mendapat pekerjaan termasuk berniaga.

Sebagai fakta, sepanjang jalan di mana-mana sahaja terdapatnya warung atau kedai kecil (gerai). Ini sama ada warung sayur-sayuran atau buah-buahan dan kebanyakan gerai tersebut telah dimiliki oleh orang asing. Malah, ada penduduk tempatan yang melindugi PATI dan memberi kerja kepada mereka itu sebagai buruh ladang atau buruh bangunan.

Memang benar kenyataan Ketua Staff Operasi ESSCOM tersebut kerana hal ini memang telah dan sedang berlaku. Para ketua komunitilah yang menjadi dalang kepada kebanjiran Pati di Sabah.

Kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk mencegah kemasukan Pati. Namun, disebabkan masalah dalaman termasuk tindakan para petualang ini maka kerajaan menjadi sasaran untuk dipersalahkan. 

Sudah tiba masanya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap para petualang ini dan menghukum dengan seberat-beratnya. Ini kerana mereka ini merupakan musuh dalam selimut dan boleh menggugat keselamatan negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook