Latest News

Monday 2 November 2015

Pendedahan Sindiket Pengeluar Kad Pengenalan Palsu

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) sejak dulu masalah kebanjiran p.t.i tak pernah selesa Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

MUNGKIN sindiket pengeluar kad pengenalan palsu tidak mendapat bayaran yang diperlukan. Akhirnya, menjadi pembelot kepada kumpulan mereka. Salah satu impak pembelotan tersebut tertangkapnya beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sabah termasuk seorang pegawai kanan ekoran terlibat dalam pengeluaran kad pengenalan palsu bermotifkan kewangan.

Mungkin sahaja pemilik facebook ini mempunyai hubungan dengan sindiket pengeluar kad pengenalan palsu. Maka, dengan sebab itu mereka boleh mewar-warkan kad pengenalan palsu dan meng'kambing hitam'kan kerajaan.

Mereka ini bertindak sebagai pemalsu apabila kerajaan sedang bertungkus lumus membasmi pengeluran kad pengenalan palsu atau yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang sah. Maka, mereka memesongkan fakta dan membuat dakwaan kononnya kerajaan yang terlibat.

Cara mereka ini merupakan perang psikologi atau perang songsang agar supaya pihak kerajaan sendiri saling curiga antara satu sama lain. Yakinlah bahawa mereka yang menggerakkan laman sosial tersebut, mungkin saja sebahagian daripada sindiket pemalsu atau pengeluar kad pengenalan yang tidak mengikut peraturan dengan kaedah merekrut para pegawai Jabatan Pendaftaran dengan membayar wang yang sangat lumayan.

Pihak berkuasa perlu menangkap pemilik page facebook tersebut untuk merungkai kumpulan pemalsu kad pengenalan (biru) Malaysia. Selesai!!...
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook