Latest News

Monday 16 November 2015

PERANAN JKKK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Duit Rakyat dan Duit kutipan di tangan Kerajaan Oleh FB Dareal Leiking (screenshot)

SEBENARNYA, peranan JKKK adalah sebagai mata dan telinga kerajaan khususnya berkaitan keselamatan dan pembangunan. JKKK akan mengenal pasti pembangunan yang diperlukan bagi setiap kampung yang diwakili dan kemudiannya disalurkan kepada wakil rakyat/wakil kerajaan atau kepada Pejabat Daerah mahupun Majlis Daerah.

Bagi kawasan pembangkang, biasanya pihak JKKK akan mengemukakan keperluan pembangunan atau berkaitan keselamatan kepada Pejabat Daerah atau Majlis Daerah untuk dimajukan kepada kerajaan. Ini kerana memajukan kepada wakil rakyat pembangkang tidak akan dapat membuah hasil dan pembangkang yang juga mempunyai pandangan berbeza serta keutamaan yang berbeza berbanding dengan kerajaan.

Selain itu, kerajaan mempunyai keutamaan yang berbeza berikutan tujuan kerajaan adalah untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan. Sedangkan pihak pembangkang pula lebih suka melihat kepada pembangunan bagi kawasan yang sudah tidak memerlukan pertolongan kerajaan lagi.

Kawasan pembangkang sebenarnya sudah dilengkapi dengan berbagai kemudahan dan atas sebab itulah mereka sanggup mengundi pembangkang. Namun hakikatnya, mereka tidak memerlukan pembelaan dari segi kemudahan awam. Maka, sebab itulah mereka menolak kerajaan!

Jika ada JKKK yang mengatakan bahawa mengapa kawasan wilayah pembangkang tidak mendapat bantuan daripada kerajaan sebaliknya kawasan yang menyokong kerajaan mendapat bantuan, sebabnya kerajaan lebih mengutamakan mereka yang menyokong dan perlu membela yang menyokong.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook