Latest News

Tuesday 24 November 2015

PROJEK NAIKTARAF BONGGON-KONDUNDUNGAN-GANANG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Tanya Musa Aman siapa yang harus bertanggungjawap Oleh FB Jo Nadu (screenshot)

MENAIK taraf jalan itu adalah bukan cadangan kerajaan negeri. Akan tetapi darioada cadangan kontraktor kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah KKLW (persekutuan). Pada asasnya, KKLW telah meluluskan projek naik taraf jalan tersebut. Namun, selepas kerajaan negeri menganalisanya banyak lagi jalan yang perlu mendapat keutamaan kerana selain itu terdapatnya jalan alternatif yang lain kepada jalan tersebut yang sebenarnya lebih selesa dilalui berbanding dengan jalan tersebut.

Jalan berdekatan yang dimaksudkan adalah jalan lintas, jalan bypass Donggongon dan banyak lagi. Jalan tersebut sebenarnya tidak mempunyai ramai pengguna berikutan lebih gemar menggunakan jalan lintas yang lebih lebar dan lebih dekat yang merupakan jalan lebuh raya.

Menaik taraf jalan tersebut sebenarnya bukan keutamaan kerajaan negeri. Namun, ianya hanya keutamaan kontraktor yang memohon daripada KKLW!

Wang atau peruntukan kerajaan yang ada pada KKLW seharusnya untuk kawasan-kawasan yang meliputi kawasannya dan bukan kawasan seperti itu. Hal ini kerana  jalan tersebut merupakan di bawah tanggungjawab kerajaan tempatan iaitu sama ada Majlis Daerah Penampang, Putatan atau DBKK. Ertinya, jika kos penaik taraf datangnya daripada KKLW, maka sudah tentu berlaku bertumpang tindihan kuasa. Mungkin itulah penyebabnya mengapa penaik taraf jalan tersebut masih belum berjalan walaupun papan tanda telah dinaikkan bersama-sama tertera dengan tarikh siapnya.

Lagipun, kawasan itu adalah kawasan bukan keutamaan kerajaan negeri berikutan terdapatnya ada jalan-jalan utama yang lebih diutamaan berbanding jalan tersebut.

Wakil rakyat Moyog daripada PKR itu seharusnya memohon daripada partinya jika mahu jalan tersebut menjadi keutamaan. Ini kerana sebagai kerajaan yang memerintah kerajaan, BN kena adil terhadap penggunaan wang rakyat dan perlu membuat keputusan dengan sebaik-baiknya yang mana satu jalan yang disegerakan dan mana yang tidak. Jalan yang seperti dipaparkan hanyalah jalan alternatif dan bukannya jalan utama. Sedangkan, di kawasan lain banyak lagi jalan utama yang perlu dinaik taraf dalam masa yang terdekat ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook