Latest News

Monday 2 November 2015

Pukulan Maut Bagi Orang Seperti Doris Jones

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Government forms will do away with the Oleh FB Doris Jones (screenshot)

APABILA peraturan baru berkaitan status rakyat bagi Sabah berkuatkuasa, maka menjadi pukulan maut bagi orang yang sejenis seperti Doris Jones kerana akan dikategorikan sebagai bukan bumiputera. Pada masa depan, Sabah akan hanya diduduki oleh tiga (3) kategori rakyat iaitu penduduk asal, bumiputera dan bukan bumiputera.

Pada masa itu, akan jelas terutama berkaitan dengan tanah jenis NCR kerana hanya penduduk asal dan bumiputera sahaja yang boleh diberikan geran komunal tanah NCR. Kepada Jimmy Wong, sila baca betul-betul kenyataan ini dan jangan lagi mengaku berbangsa Dusun pula!

Pada ketika ini, penyalahgunaan status tanah digunakan oleh mereka yang bukan penduduk asal dan bumiputera untuk membeli tanah NT dan ekoran daripada itu seluas 14 juta hektar tanah NT telah bertukar tangan sejak tahun 1963.

Kerajaan sedang membuat peraturan untuk menyelusuri mereka yang memalsukan status untuk memperoleh tanah-tanah NT kerana ramai didapati bahawa ada rakyat Sabah yang tiada susur galur penduduk asal atau bumiputera sebaliknya mendapat status tersebut.

Tindakan kerajaan negeri adalah tepat sesuai dengan perubahan kategori status di dalam pengisian mana-mana borang rasmi. Sekaligus, isu status tanah juga dapat ditapis agar mengelakkan ketirisan berlaku dalam pemberian geran tanah komunal yang hanya diberi oleh rakyat jati Sabah (penduduk asal dan bumiputera) sahaja.

Adalah diharapkan dengan kadar yang segera, kategori penduduk Sabah dikuatkuasakan serta-merta.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook