Latest News

Thursday 26 November 2015

Rasionalisasi Subsidi: Bil Elektrik

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Orang Sabah yang paling gembira kan Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot)

KERAJAAN telah membuat kajian agar negara terus berdaya maju. Maka, amalan subsidi yang dilaksanakan sejak sekian lama perlu dirasionalisasikan. Tujuan rasionalisasi itu antara lain adalah bertujuan agar dana yang digunakan untuk subsidi dapat digunakan untuk program yang berdaya maju dan sesuai dengan keperluan sasar.

Untuk sebuah negara yang menuju negara maju, maka perlu membuat pelbagai polisi atau kebijaksanaan termasuklah rasionalisasi subsidi yang mana bukanlah untuk maksud tujuan penjimatan. Sebaliknya, dana kerajaan itu dapat digunakan untuk projek yang berimpak ekonomi kepada rakyat.

Polisi subsidi adalah tindakan kerajaan yang memerintah, bukan cadangan atau pendapat daripada pembangkang. Beberapa dekad lalu, kerajaan bertindak memberikan subsidi untuk beberapa perkhidmatan atau barangan  seperti elektrik, beras, gula, minyak, minyak masak dan beberapa barangan asas lain. Tujuan subsidi itu agar rakyat yang berpendapatan rendah mampu menikmati perkhidmatan dan barangan yang sama dengan mereka yang berpendapatan tinggi.

Kini, menurut kajian dan data yang ada, kadar kemiskinan tegar di negara ini hanya pada paras 1 peratus walaupun untuk Sabah pada kadar 4 peratus. Melihat kepada data ini, adalah difikirkan kerajaan perlu menjalankan rasionalisasi subsidi ini. 

Bagi rakyat yang benar-benar terbeban ekoran rasionalisasi subsidi ini, maka kerajaan memberi bantuan dalam bentuk lain, seperti BR1M, bantuan pra-persekolahan, bantuan perumahan, bantuan buku dan sebagainya.

Sepatutnya, rasionalisasi subsidi seperti subsidi elektrik ini telah lama dimansuhkan. Ini kerana ianya hanya menguntungkan pihak-pihak tertentu dan bukannya rakyat secara umumnya. Melalui kos elektrik sebenar tanpa subsidi, maka pengguna atau rakyat dilatih untuk menghargai penggunaan dan disamping dapat merangka keperluan sebenar.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook