Latest News

Monday 23 November 2015

"SABAH TIDAK PERLU AUTONOMI..." Kenyataan Fitnah Semata-Mata!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Inilah Kerbau UMNO Sabah Oleh FB Page Solidrity 4 Sabah(screenshot)
(ii) Sabah tidak perlu autonomi Oleh FB Eweard Sthepan Eweard Sthepan (screenshot)
(iii)  Musa Aman pentingkan diri sendiri Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

TIDAK pernah kenyataan pada page facebook tersebut disuarakan oleh YAB Datuk Seri Haji Musa Aman! Malah, Ketua Menteri Sabah itu kerap dalam sebarang perbincangan dengan kerajaan pusat yang senantiasa mengutarakan kepentingan Sabah termasuklah kuasa-kuasa diberikan kepada kerajaan Sabah khususnya urusan-urusan kementerian-kementerian atau jabatan-jabatan yang saling bertumpang tindih.

Akibat perbincangan dengan kerajaan persekutuan berkaitan dengan kuasa-kuasa yang saling menindih itu, maka pada 16 September lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kuasa-kuasa yang disifatkan seperti itu akan diberikan kepada kerajaan negeri (Sabah dan Sarawak).

Musa bukan jenis pemimpin yang suka mewar-warkan sesuatu sebaliknya berkerja secara praktikal. Kenyataan pada page itu merupakan kenyataan daripada seseorang pemimpin yang bukan kerajaan. Ini kerana kenyataan daripada seseorang pemimpin kerajaan tidak akan seperti itu atas sebab pemimpin kerajaan semuanya dalam satu pasukan. 

Jika ada sebarang kenyataan, maka ianya akan keluar daripada sang ketua terlebih dahulu iaitu Perdana Menteri. Kenyataan Perdana Menteri menyatakan bahawa dalam masa sesingkatnya, kuasa-kuasa yang boleh diuruskan oleh kerajaan negeri akan diberikan kepada kerajaan negeri. Kuasa-kuasa itu jika diteliti telah menjangkaui erti autonomi berikutan di beberapa bidang atau urusan-urusan kerajaan negeri telahpun mewakili kerajaan persekutuan.

Perjuangan autonomi yang disuarakan pembangkang adalah perjuangan yang menutup semua perbincangan dan saling membantu yakni yang bukan bersifat sebagai sepasukan. Sedangkan cara Musa adalah kerja berpasukan dan berkerjasama yang saling bantu-membantu yang boleh diibaratkan seperti, "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook