Latest News

Friday 27 November 2015

SEKADAR RINGKASAN: Bukan Kenyataan Musa!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  ESSCOM GAJI BUTA KAH Oleh FB Doris Jones (screenshot)

TULISAN pada gambar YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman itu bukan kenyataan Ketua Menteri Sabah. Tulisan itu merupakan tulisan yang dibuat-buat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sebaik sahaja YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman diberitahu bahawa salah seorang mangsa penculikan di Sandakan pada Mei lalu dibunuh oleh penculik Abu Sayyaf. Beliau mengutuk tindakan itu dan tidak pernah membuat kenyataan seperti mana yang ditulis.

Doris Jones perlu tanya kerajaan Perancis yang mempunyai kelengkapan senjata yang canggih serta sempadan yang dikelilingi oleh negara-negara besar berkuasa. Mengapa pengganas ISIS boleh masuk ke Paris? Lalu menyerang bandar tersebut dan berjaya membunuh 128 orang awam dan mencederakan ratusan yang lain.

Pantai Timur Sabah meliputi keluasan 1400 km dan berdepan dengan negara jiran di mana sempadan hanya dipisahkan oleh beberapa minit sahaja melalui pengangkutan air (bot) untuk sampai.

Kata peribahasa, 1000 ekor kerbau boleh dikawal tetapi seorang manusia sukar dikawal. Keadaan inilah yang berlaku di Sandakan dan Paris. Bolehkah Doris Jones memberi sebarang contoh di mana negara di dunia ini sempadannya tidak boleh diceroboh?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook