Latest News

Tuesday 3 November 2015

Sokongan Bumiputera Bukan Islam Terhadap BN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SABAH WARNING: FED-UP NON-MUSLIMS MAY KICK OUT BN IN 6SEATS IN GE14 - KURUP Oleh WEB Malaysia Chronicle (screenshort)

MEMANG diakui bahawa sokongan bumiputera bukan Islam terhadap Bn merosot pada PRU-13 yang lalu. Perkara ini terbukti apabila beberapa kawasan Dun dan satu kerusi parlimen di mana majoriti pengundi adalah bumiputera bukan Islam.  Kawasan-kawasan tersebut adalah Parlimen Penampang beserta Dun Moyog dan Kepayan, Dun Inanam dalam Parlimen Sepanggar, Dun Kadamaian dalam Parlimen Kota Belud, Dun Bingkor bagi Parlimen Keningau dan Dun Matunggong bagi Parlimen Kota Marudu.

Faktor yang menyebabkan sokongan bumiputera bukan Islam terhadap Bn merundum bukan kerana faktor ekonomi seperti mana kenyataan Presiden PBRS pada Ahad lalu. Tetapi, adalah faktor sentimen yang berkaitan dengan keagamaan dan selain itu juga mereka turut terpengaruh dengan propaganda pembangkang kononnya mempunyai peluang untuk merampas Putrajaya.

Terlihat bagaimana sentimen bahawa pengundi bumiputera bukan Islam terpengaruh dengan propaganda pembangkang apabila calon-calon Bn yang mempunyai jawatan seperti calon Dun Tamparuli dan Kadamaian tewas pada pru tersebut.

Walaupun faktor sokongan bumiputera bukan Islam terhadap Bn pada PRU-13 lalu bukan berasaskan kepada faktor ekonomi, namun saranan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan dengan pembangunan bumiputera di Sabah sangat dialu-alukan. Ini bukan sahaja untuk bertujuan politik malah demi pembangunan Sabah untuk rakyat Sabah.

Memang diakui, pencapaian bumiputera Sabah berbanding kaum Cina di Sabah masih ketinggalan jauh. Ini sama ada baik pemilikan entiti perniagaan mahupun pemilikan ekuiti. Dorongan kerajaan seperti mana saranan Kurup sangat dialu-alukan bagi jangka masa panjang. 
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook