Latest News

Tuesday 17 November 2015

Sukarnya Mengawal Manusia

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tapi di sempadan Sabah pula bocor hampir setiap har Oleh Web Malaysia chronicle (screenshot)
(ii)  Kecoh dalam "newpaper" PTI di hantar ke negara asal Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

KATA peribahasa, "mengawal seribu ekor kerbau sangat mudah berbanding seorang manusia"! Demikianlah berlaku di Paris walaupun negara itu adalah salah satu negara maju dengan pengetahuan yang cukup canggih berkaitan pertahanan. Namun, angkara beberapa orang manusia boleh juga terjadi serangan maut yang membabitkan kematian 128 orang awam dan lebih 400 yang cedera.

Di Sabah, walaupun adanya pasukan ESSCOM yang diwujudkan melalui ESSZONE yang berperanan mengawal rentas sempadan bagi pengkhususan kepada mereka-mereka yang masuk untuk tujuan ekonomi, namun ada sahaja warga asing terlepas masuk. Panjangnya pantai di bahagian Timur Sabah yang meliputi 1400 Km dan berjiran dengan negara jiran di mana sempadan hanya beberapa kilometer sahaja dan rentas sempadan boleh mendarat ke wilayah Sabah hanya dalam beberapa minit walaupun menggunakan perahu. Ini adalah merupakan halangan utama yang senantiasa dihadapi oleh petugas sempadan negara.

MP Putatan, Datuk Dr. Marcus Mojigoh sebenarnya tidak mengunakan logik pengurusan atau penjagaan sempadan apabila bertanya, mengapa ada sahaja manusia rentas sempadan berjaya masuk ke Sabah. MP Putatan itu terlupa perumpamaan mengawal seribu ekor kerbau adalah lebih mudah mengawal seorang manusia.

Paris diserang kerana faktor politik. Manakala Kampung Tanduo, Semporna, Sabah juga diserang kerana faktor yang sama. Dalam dua (2) keadaan itu, negara yang diserang menjadi kelam-kabut kerana tidak dapat mengesan awal terhadap tindakan penyerang. Untuk itu, Sabah atau negara Malaysia telah mewujudkan ESSCOM di wilayah ESSZONE demi menghalang kejadian yang serupa berlaku. 
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook