Latest News

Tuesday 17 November 2015

Tidak! Rakyat Ranau Makan Nasi!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Rakyat RANAU makan baja kah Oleh FB Doris Jones (screenshot)

APABILA seseorang bertindak bodoh dan tidak menggunakan akal seperti pemilik akaun facebook tersebut, maka jelas terpampang lagilah kebodohannya apabila baja dikatakan untuk makanan manusia. Pemilik akaun facebook tersebut dengan jelas menunjukkan kebodohannya dan tiada akal apabila tidak bercakap betul berkenaan baja.

Demi membantu petani dan pekebun di Sabah sejak tahun 70-an, kerajaan telah membantu dari segi baja. Tujuannya, agar produksi atau keluaran petani dan pekebun meningkat. Baja bukan percuma daripada kilang baja dan ianya perlu dibeli. Harga baja 50kg sekurang-kurangnya berharga RM50. Bayangkan kalau sehektar tanah memerlukan sekurang-kurangnya 200kg atau RM200. Melalui bantuan baja daripada pihak kerajaan, sekurang-kurangnya petani dan pekebun dapat menjimatkan kos pengeluaran daripada penggunaan baja. Maka, produksi meningkat dan produk yang dihasilkan itu adalah 100 peratus milik petani dan pekebun. You ada Doris Jones? Anda cuma tahu bercakap sewenang-wenangnya saja.

Pencacai pembangkang seperti pemilik facebook tersebut sebenarnya tiada isu untuk menghentam kerajaan dan pemimpinnya. Maka, dengan sebab itu menjadi bodoh dan kehilangan akal. Barangkali sudah gila!

Kerajaan akan terus membantu memberikan bantuan kepada rakyat yang memerlukan khususnya para petani dan pekebun.

Berkaitan lambang yang digunakan pula, ianya bertujuan agar baja itu tidak dijual oleh penerima bantuan. Ini kerana sebelum ini didapati baja bantuan kerajaan berakhir di kedai-kedai baja. Di mana akhirnya tujuan kerajaan membantu petani dan pekebun untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman tidak tercapai. Dengan lambang tersebut, maka baja bantuan tidak dapat dijual.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook