Latest News

Monday 30 November 2015

TITIAN SEMENTARA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kamu tidak perlu pemimpin... Oleh FB Dusun Tohuri (screenshot)

UMUM atau rakyat mengetahui bahawa kawasan Ranau termasuk Kota Belud telah mengalami malapetaka gempa bumi pada Jun lalu tahun ini. Akibat daripada gempa bumi itu serta hujan yang turun, maka tanah lumpur yang terbawa oleh air telah memenuhi dan menyumbat sungai sehingga sungai menjadi cetek. Akibat limpahan air dan kekuatannya, maka menerpa beberapa buah jambatan dan hanyut bersama air deras.

Oleh kerana beberapa jambatan kayu hanyut termasuklah di beberapa buah kampung yang juga jambatan pendek yang menghubungkan antara tebing sungai, maka penduduk kampung membina titian sementara bagi kegunaan menyeberang sungai seperti mana yang berlaku di beberapa kampung di Kota Belud dan Ranau. Titian seperti itu bukan digunakan secara kerap melainkan untuk menyeberang sungai untuk tujuan kebun.

Pemilik facebook tersebut tidak mahu membezakan jambatan yang diperlukan oleh orang ramai berbanding dengan kegunaan persendirian.

Perlu diingatkan kepada pemilik facebook itu bahawa kerajaan membina infrastruktur seperti jambatan jika didapati jambatan itu adalah untuk keperluan orang ramai dan berimpak kepada ekonomi penduduk yang ramai. Terlihat melalui gambar itu dan sememangnya kenyataan bahawa titian yang dibina itu adalah bukan keperluan orang ramai melainkan keperluan individu.

Kerajaan dalam membina jambatan perlu mempertimbangkan berkaitan kos, keperluan dan jumlah ramai rakyat yang memerlukan. Ini kerana hal ini bukanlah membina jambatan hanya untuk keperluan seseorang individu sahaja.

Wakil rakyat, bukan penanggung kepada sebarang pembinaan infrastruktur. Wakil rakyat merupakan agen kepada kerajaan. Wakil rakyat dalam meminta peruntukan kepada kerajaan memerlukan menjustifikasi permintaan yakni jumlah penduduk yang terlibat/memerlukan, limpahan ekonomi yang bakal terwujud dan keseimbangan kos. 

Kerajaan, untuk pengetahuan pemilik facebook itu adalah bukan membina infrastruktur atau kemudahan untuk kegunaan persendirian melainkan untuk orang ramai. Untuk itu, jangan membuat gambaran bahawa keperluan individu juga merupakan tanggungjawab kerajaan. Tiada kerajaan di dunia ini membina infrastruktur untuk kegunaan individu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook