Latest News

Monday 9 November 2015

Umno Merupakan Punca Kebanjiran PATI Di Sabah?

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Terima kasih kepada umno... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
(i) Betul juga!... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

KEMASUKAN pelarian daripada Filipina bermula sejak tahun 70-an malah sebahagian mereka itu sudah berada di Sabah sebelum merdeka lagi!

Umno masuk Sabah pada tahun 1991 selepas kebanjiran pelarian Filipina di Sabah akibat perang di negara itu pada tahun 70-an.

Pemilik facebook tersebut hanya serkap jarang yang mendakwa secara membuta tuli yang bukan berasaskan kepada fakta.

Kerajaan yang ditunjangi UMNO merupakan kerajaan yang berusaha dengan mengenal pasti proses menjejak dan pengusiran bagi menghantar pulang atau mengusir semua warga asing di Sabah khususnya mereka yang tidak berdokumen. Dengan sebab itu, satu suruhanjaya telah ditubuhkan iaitu RCI (Pati) Sabah pada tahun 2012. Kemudian, beberapa tindakan telah dan terus dilakukan seperti memburu, menangkap dan mengusir pendatang-pendatang asing di Sabah.

Rakyat Sabah secara majoriti sebenarnya berterima kasih kepada kepimpinan Datuk Seri Musa Aman kerana mampu mendorong kerajaan persekutuan memberi peruntukan secukupnya untuk menjalankan operasi menangkap Pati yang ada di Sabah.

Hanya mereka yang tidak tahu duduk pangkalnya isu ini hanya semudahnya mendakwa bahawa UMNO merupakan punca utama kebanjiran Pati di sabah. Ini antaranya seperti pemilik page facebook pembangkang tersebut. Jangan layan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook