Latest News

Thursday 12 November 2015

Urusan Mahkamah TETAP URUSAN MAHKAMAH!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)   Musa Aman Hinah Mahkama Kota Kinabalu Oleh FB doris jones (screenshot) (screenshot) (screenshot)

KENAPA hendak sibuk-sibuk dengan urusan mahkamah? Urusan di mahkamah, urusan mahkamahlah! Apa hubungan seseorang yang mengaku selaku ketua cawangan sebuah parti dengan sebuah syarikat? Dan apa hubungan beliau dengan mahkamah?

PENERANGAN! Jika mahkamah tinggi membuat keputusan seterusnya ada lagi mahkamah yang lebih tinggi untuk membuat rayuan. Hal ini perlu diingat! Jika kerajaan negeri tidak membayar seperti mana dakwaan penulis blog itu, ertinya kerajaan negeri mendapat nasihat peguam negeri bahawa peluang untuk menang kes itu sekiranya dikemukakan kepada mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan.

Ya! Itu memang benar! Setelah kes itu dikemukakan di mahkamah rayuan, terbukti bahawa kerajaan negeri menang. Ini bermakna tindakan YAB Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman yang tidak membayar segera ke atas syarikat yang dimaksudkan adalah betul selain telah dapat menyelamatkan wang rakyat.

Penulis blog ini cuba mencampuri urusan yang bukan bidang kuasanya dan dia sendiri pun tiada merit untuk bercakap hal tersebut. 

Hakikatnya, penulis blog seperti inilah yang sebenarnya sebahagian daripada petualang kepada rakyat! Ini kerana mempertikaikan keputusan kerajaan yang mewakili rakyat yang hanya untuk sebuah syarikat. Sebabnya, mungkin saja syarikat itu membayar 'wang kopi o'.

Ya! Wang kopi agar penulis blog itu untuk menyalak. Namun malangnya, salakan itu tidak membawa erti apa-apa!

Sangat jelas bahawa penulis blog itu dibayar kerana mengaku ada membuat carian di mahkamah. Benarkah? Atau saja tulisan itu hanya berasaskan cerita kedai kopi yang tiada asas dan fakta! Mengarut!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook