Latest News

Monday 21 December 2015

Agak-Agaklah!.. Umno Bukan Parti Agama

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BN UMNO menanam sikap RASIS di SABAH Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

UMNO, bukan parti agama! Maka, dengan sebab itu, tiada sebab dihubungkaitkan dengan agama. Umno hanya merupakan parti politik dan jika dilihat dari segi keahlian, bukan sahaja beragama Islam bahkan juga disertai yang bukan beragama Islam.

Sepanjang perjalanan parti itu, semua pemimpinnya mengamalkan toleransi agama kerana selain menjadi tunjang kepada kerajaan di negara ini, turut mengerti bahawa negara ini didiami oleh berbagai bangsa dan agama.

'Banner' yang ditunjukkan bukanpun daripada Umno melainkan daripada para individu yang berfahaman sempit dalam perkiraan agama. Tindakan mereka tidak sama sekali mewakli parti Umno ataupun pemimpinnya.

Apa yang telah dilupakan atau saja berpura-pura tidak tahu oleh pemilik facebook tersebut adalah ramai pemimpin Umno bukan beragama Islam. Sebagai contoh, Mp Beluran yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiande yang beragama Kristian dan merayakan perayaan Natal.

Pemilik facebook itu tidak dapat membezakan antara parti dan persatuan agama atau kumpulan agama. Maka, sudah tentu sanggup memfitnah Umno dengan mudah dengan menyatakan kononnya ada mengeluarkan kenyataan tersebut yakni 'haram bagi mengucapkan hari Natal!'. Agak-agaklah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook