Latest News

Tuesday 29 December 2015

ALAHAI! Laporan Provokasi: itu MA63 kena baca isinya juga - Salleh

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Salleh, itu MA63 kena baca isinya juga... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)
(ii) Ehh jangan susah....semua di SABAH ini pandai baca... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

KHUSUS untuk menarik pembaca bagi sesebuah syarikat akhbar, maka penulis atau editor akhbar tersebut kerap memilih tajuk-tajuk yang 'catchy', ganjil atau pelik mahupun berbaur provokasi sedangkan kadangkalanya tajuk yang menarik perhatian itu tiada kaitan dengan cerita sebenar. Inilah yang dimaksudkan oleh Salleh  bahawa membaca sesebuah artikel atau laporan, sila jangan terperangkap dengan tajuk sebaliknya baca isi laporan atau tulisannya terlebih dahulu.

Tajuk yang bersifat provokasi kerap dipilih oleh penulis-penulis blog untuk menarik pembaca bagi melayari blog mereka agar blog mereka itu mendapat kedudukan yang baik dalam status Alexa disamping mendapat jumlah trafik pengguna atau pelawat yang ramai. Demikian juga editor bagi syarikat akhbar yang kerap memilih tajuk-tajuk provokasi bagi melariskan surat khabar mereka.

Kecenderungan penulisan atau laporan kandungan surat khabar pada masa kini, kerap mengabaikan cerita sebenar sesuatu berita itu sebaliknya lebih condong kepada pendapat atau ulasan penulis. Cara itu sebenarnya mengabaikan orang ramai mengetahui berita yang sebenar. Perkara yang benar adalah melaporkan perkara yang sebenar berkaitan dengan sesuatu berita atau kes dan bukannya menulis pendapat/pandangan atau ulasan seseorang pemberita/penulis itu.

Tidak melaporkan atau tidak menulis berita yang sebenar sebenarnya menafikan orang ramai bagi mengetahui perkara yang sebenar! Inilah perkara yang perlu dihindarkan oleh seseorang penulis atau pemberita. Penulis atau pemberita perlu menulis perkara benar tentang sesuatu berita walaupun ianya pahit.

Salleh menasihatkan pengamal media untuk melaporkan berita sebenar dan bukannya berita andaian atau 'hearsay'. Ini kerana tulisan seumpama itu, boleh menjadi menjadi kegusaran rakyat. Salleh mengambil contoh seperti laporan tidak benar terhadap yang berkaitan dengan sambutan 'Perayaan Natal' di negara Brunei Darussalam. Kononnya, perayaan Natal diharamkan di negara kesultanan Brunei itu di mana yang sebenarnya tidaklah sedemikian. Juga, berkaitan dengan cerita letupan bom di Petaling Jaya di sebuah kawasan letak kereta minggu lalu yang mana sebenarnya cerita itu tidak benar sama sekali!

Melaporkan cerita-cerita tidak benar atau palsu sebenarnya satu dosa besar kepada pembaca. Bahkan bukan itu sahaja, tindakan seumpama itu secara terang-terangan menafikan rakyat bagi mengetahui cerita yang sebenar.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook