Latest News

Wednesday 23 December 2015

Apa Hubungan Gaji Pegawai Kerajaan Dengan Gempa Bumi?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bagus ini Sabah Keluar Malaysia Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DORIS JONES memang sah gila! Patutkah boleh mendakwa bahawa gaji pegawai kerajaan awam ada hubungan dengan gempa bumi? Melalui kenyataan pelarian itu, bahawa gaji kakitangan awam perlu dipotong untuk mengatasi gempa bumi. Ini benar-benar menunjukkan kenyataan itu mengesahkan bahawa pelarian itu benar-benar seorang yang kurang waras, terdesak atau gila!

Doris Jones bercakap soal royalti yang kononnya gaji berasaskan bayaran royalti. Kesimpulan itu menunjukkan bahawa dia tidak tahu cara kerajaan mendapatkan kewangan untuk bayaran gaji kakitangan awam. Gaji kakitangan awam bukan berasaskan kepada sebarang royalti. Sebaliknya, kerajaan menyandarkan kepada perolehan kerajaan melalui percukaian. Ini kerana royalti bukan dividen yang jumlahnya tetap kerana sangat bergantung kepada perolehan syarikat, harga minyak di pasaran global dan sebagainya. Manakala sistem percukaian adalah hampir tetap atas sebab kerajaan mengunjurkan bayaran gaji kepada kakitangan awam berasaskan kepada percukaian. Nah! Hendak buat fitnah lagi Jones? Sudah terang lagi jelas!

Nampaknya, Doris Jones bertindak seperti Tuhan lagi apabila menyalahkan gempa bumi yang melanda di Ranau, Sabah pada Jun lalu dengan menghukum kakitangan awam dan keluarga mereka untuk tidak makan. Oleh kerana untuk memperbaiki impak gempa bumi, Doris sekali lagi tidak faham berkaitan dengan pengurusan negara bahawa setiap negara mempunyai dana untuk musibah termasuk gempa atau banjir, tanah runtuh dan bencana alam yang lain

Kerajaan tidak perlu memotong gaji kakitangan awam kerana dana untuk itu memang telah tersedia. Terlihat benar bahawa Doris Jones seolah-olah seperti seekor binatang yang bertopengkan manusia kerana menggunakan hukum rimba.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook