Latest News

Friday 18 December 2015

Atlet OKU Paralimpik Sabah: Isu Felicia Mikat Diperbesar-besarkan!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Kesian adik Felecia asal dari Sabah Oleh FB Page Negara Sabah (screenshot)


TAHUKAH anda bahawa cik Felicia Mikat telah mendapat hadiah kewangan lumayan daripada Kerajaan Negeri Sabah? Hadiah berjumlah RM20,000 telah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah (KKBS), YB Datuk Hj Tawfiq Abu Bakar Titingan pada Rabu lalu. Bukan itu sahaja, turut mendapat insentif daripada persekutuan sebanyak RM40,000!

Alahai! Sedangkan hadiah puluhan ribu pun sudi diberikan, takkan pula sambutan tidak dapat diberikan? Gambar yang dimuat naik oleh seseorang yang mengaku berasal daripada Sarawak itu sebenarnya dakwaan yang berniat jahat! Ini kerana hanya memuat naik gambar yang memperlihatkan Felicia dengan ibunya bersama seorang lagi. Sedangkan hakikatnya, semasa berada di lapangan terbang Kota Kinabalu ramai lagi berada di situ termasuk para pegawai Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KKBS). 

Untuk pengetahuan orang yang mengaku orang Sarawak itu, selain Felicia Mikat ada seramai 17 atlet lagi dan beberapa pegawai KKBS serta orang ramai menyambut yang berada di balai ketibaan KKIA pada masa itu. Perlakuan memuat naik gambar yang hanya tiga (3) orang adalah sebenarnya bermotif jahat dan menipu! Sudah tentu!

Inilah dia permasalahan penyebaran maklumat di internet. Mereka yang jahat dan penipu dengan mudah dapat menyebarkan maklumat untuk memenuhi citarasa mereka sendiri. Sebaliknya, tidak mempedulikan perasaan orang lain.

Mungkin orang yang mengaku orang Sarawak itu, ibu bapanya telah mengajar bagaimana cara menipu dan berkata tidak benar dan tidak jujur serta mengajar agar kehidupannya dipenuhi penipuan agar sentiasa menyakitkan hati orang lain.

Bagi pengetahuan orang yang mengaku Sarawakian itu, di Sabah, KKBS dalam memberi bantuan dan sokongan kepada para atlet orang kurang upaya (OKU) adalah 'tidak sama dengan bukan!'. Ini adalah atas sebab KKBS tidak memandang bulu atau latar belakang para atlet asalkan mereka dapat mengharumkan nama negara dan negeri. Maka, harus disokong dan diberikan insentif kewangan yang sesuai dengan kejayaanya. Tahniah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook