Latest News

Friday 4 December 2015

BAJET MALAYSIA RM267.2 BILION

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Hari Malaysia adalah Hari Penjajahan Oleh FB jaymie Jaymie (screenshot)

SUMBANGAN Sabah secara kasar melalui minyak berjumlah secara kasar dalam lingkungan RM18 bilion dan yang lain-lain dalam lingkungan RM10 bilion setahun. Jika dijumlahkan hanya sekitar RM38 bilion. Cuba bandingkan dengan bajet negara? Sumbangan Sabah hanya 14.5 peratus. Bagaimana Malaysia boleh muflis? 

Jikalaupun bercakap kena agak-agaklah dan biarlah logik sedirik. Pada persidangan DUN pada bulan November 2015, ADUN Bingkor itu masih juga mempergunakan angka-angka tersebut. Apabila diminta penjelasan, beliau tidak mampu memberi justifikasi bagaimana Malaysia boleh muflis tanpa sumbangan daripada Sabah.

Dr. Jeffrey sebagai seorang yang mempunyai pendidikan di peringkat doktor falsafah seharusnya bercakap lebih nyata dan logik serta bukannya 'kenyataan politik' yang mahu mengelirukan rakyat. Hal ini kerana lambat-laun apa yang dikatakan akan terbongkar juga dan jika auta maka memalukan diri sendiri.

Pemilik page facebook itu juga pun tidak kurang serupanya. Berkongsi dengan pendapat dan maklumat yang salah sehingga menggambarkan dia sendiri pun ingin jadi sebahagian daripada 'pengeliru' kepada rakyat.

Dalam dunia sekarang, walaupun ramai yang membuat kenyataan salah atau menviralkan kenyataan salah itu, akan tetapi ramai juga rakyat yang peka akan kebenaran sehingga mereka itu mengulas dan memberikan fakta yang benar.

Data yang digunakan Dr. Jeffrey adalah data yang direkanya sendiri dan bukannya berasaskan data benar yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia atau data yang sahih daripada Petronas. Oleh sebab itu, apabila Speaker Dewan Undangan Negeri meminta sumber data itu, ADUN Bingkor itu termengap-ngap tidak dapat memberikan jawapan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook