Latest News

Wednesday 2 December 2015

BERAPA RAMAI JUMLAH PENDUDUK MENGGUNAKAN JALAN KG. TOGUNG ITU?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  MEREKA BOLEH MENGAMBIL TINDAKAN KEPADA SAYA Oleh FB Edward Sthepen Edward Sthepen  (screenshot) (screenshot)


PEMILIK facebook itu walaupun kerap menyebar atau memviralkan berkaitan kampung yang dimaksudkan, namun hingga kini tidak pernah menyatakan berapa ramai penduduk yang mediami kampung itu dan kekerapan penduduk melalui jalan yang telah digambar. Pemilik facebook itu tidak pernah menemudugakan seorang pun penduduk kampung yang melalui jalan itu. 

Mengingatkan kepada keadaan itu, kemungkinan besar jalan ini merupakan jalan pertanian atau jalan ke ladang atau kebun yang dibina melalui peruntukan khas. Perlu diketahui bahawa sesebuah jalan yang dibina melalui peruntukan khas adalah bukan jalan yang digazetkan melainkan atas permintaan. Kebiasaannya, peruntukan yang diberikan secara "one-off" atau bergantung kepada permohonan. 

Permohonan untuk menaik taraf atau membina semula jalan seumpama ini perlu disenaraikan oleh Pejabat Daerah atau Majlis tempatan terlebih dahulu. Pihak pejabat daerah atau majlis tempatan perlu mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) atau Jabatan Ketua Menteri atau Kementerian Kewangan untuk memohon peruntukan. Permohonan seumpama itu boleh dilakukan oleh pihak penduduk kampung melalui wakil rakyat dan sudah tentunya permohonan itu sangat bergantung kepada berapa ramai penduduk yang menggunakan jalan itu. 

Melihat kepada gambar yang dikemukakan oleh pemilik facebook itu, terlihat dalam gambar tersebut ada sebuah rumah dan besar kemungkinan juga jalan yang dimaksudkan adalah tidak mempunyai ramai yang melaluinya. Dakwaan pemilik facebook itu, yang kononnya ada pelajar sekolah melalui jalan itu. Mungkin hanya dakwaan kerana pemilik facebook itu tidak dapat membuktikan bahawa ada pelajar sekolah melalui jalan tersebut. Sila kemukakan keterangan yang jelas agar mengelakkan isu fitnah akan terjadi pula!

Pemilik facebook ini adalah seseorang yang gemar memuat naik gambar-gambar daripada internet dan kemudian memberi bermacam seribu ulasan. Sedangkan dia sendiri tidak pernahpun melalui jalan itu. Malah, barangkali tidak tahu di mana kedudukan yang sebenar pada jalan tersebut.

Biasanya, kerajaan akan membina jalan perhubungan atau memperbaiki jalan perhubungan. Jika membabitkan sekurang-kurangnya 100 keluarga atau 500 orang penduduk, namun jika sesebuah jalan perhubungan yang dibina melalui peruntukan khas seperti jalan itu, ianya tidak dibajetkan untuk diselenggarakan. Sebaliknya, pembaikannya terletak kepada permohonan pada pihak majlis daerah atau pejabat daerah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook