Latest News

Thursday 31 December 2015

Bukanlah! Barangkali Elaun Engkau Yang Rendah Doris!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Para MP-MP Sabah Sarawak ini... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DI MALAYSIA, sebenarnya semua elaun para wakil rakyat adalah sama. Malah di Sabah and  Sarawak, para ADUN dan MP mempunyai keistimewaan kerana mempunyai peruntukan khas berbanding dengan ADUN dan MP di Semenanjung.

Kenampakan sangat kurang bijak si Doris Jones sehingga pembaca tergeli kerana tidak mengetahui bahawa perjalanan para wakil rakyat untuk urusan rasmi berjumpa rakyat semuanya ditanggung kerajaan. Mungkin sebab 'alaun' engkau yang rendah Doris sehingga melalut entah ke mana!

Berkaitan dengan harga barangan yang kononnya di Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung, sebenarnya anggapan itu hanya relatif kerana tidak semua barangan di Sabah dan Sarawak lebih mahal. Sebagai contoh, minyak angin cap kapak (yang bersaiz ukuran ibu jari kaki) di Sabah dan Sarawak berharga RM6.80 dan manakala di Semenanjung berharga RM12.80. Harga teh tarik di Semenanjung RM1.50 segelas, di Sabah dan Sarawak RM1.30. Harga ikan tenggiri sebagai misalnyaSabah dan Sarawak sekitar RM17-RM22/sekilo, di Semenanjung pula antara RM30-RM35 sekilogram. Harga sayur-sayuran di Semenanjung jauh lebih mahal berbanding di kedua buah negeri tersebut. Manakala harga beras, tepung, gas masak, minyak petrol dan diesel kenderaan adalah sama. Malah, harga mee kuning di Sabah RM2.10 sekilogram dan di Semenanjung RM3.00 sekilogram. Berasaskan contoh di atas, di manakah kebenaran dakwaan Doris Jones itu dengan menyatakan harga barangan di Sabah dan Sarawak kesemuanya mahal? Fikir-fikirkan!

Mencuba memberi kenyataan berkaitan dengan elaun para wakil rakyat Sabah dan Sarawak, sebenarnya Doris menyerlahkan kebodohannya sendiri. Mohon maaf berkata demikian but it is true! Walhal, tindakan itu juga seperti menjolok sarang tebuan yakni tindakan menyusahkan diri sendiri. Doris tidak faham bahawa betapa "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". Apa yang tidak difahami si Doris, sebenarnya ramai para wakil rakyat Semenanjung mahu menjadi wakil rakyat bagi Sabah dan Sarawak kerana para wakil rakyat di kedua buah negeri itu, selain mempunyai elaun yang tinggi juga diberikan peruntukan oleh kerajaan yang berkisar di antara RM1 juta hingga RM2 juta setiap kawasan bagi setiap tahun. Akan tetapi di Semenanjung, peruntukan seumpama itu tidak diberikan.

Bagi Doris Jones, jika iapun mahu memberikan kenyataan atau mempersoalkan sesuatu, "cakaplah siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar"!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook