Latest News

Tuesday 1 December 2015

Dakwaan Dihujung Jari: BAJET SABAH 2015 ADALAH UNTUK RAKYAT SABAH

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SAMPAIKAH KEPADA GOLONGAN SASAR ATAU HANYA KEPADA KRONI... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

PEMILIK facebook itu hanya bermain dengan smartphonenya atau laptop sambil duduk-duduk minum kopi-kopi dan menulis berasaskan khayalan. Maka, atas sebab itu tiada sebarang kepentingan pun bagi dirinya menghabiskan masa dan minyak kereta untuk jalan-jalan ke pelosok kampung atau negeri kerana dia bukan pun seorang pemimpin. 

Jika kenyataan itu keluarnya daripada Datuk Dr. Jeffrey Kitingan atau Datuk Seri Haji Lajim Ukin masih boleh juga diterima pakai kerana masih ada meritnya. Tambahan pula, dua (2) individu itu merupakan pemimpin politik dan sudah tentu akan melawat di pelosok kampung atau negeri untuk mencari tahu keadaan sebenar agar boleh membidas kerajaan. Namun, dua pemimpin utama pembangkang itu tidak pernah menyebut pun seperti mana yang dikatakan oleh pemilik facebook itu. 

Maka, apa yang boleh dianggap dengan tulisan pemilik facebook itu? Sudah tentunya mengecewakan kerana hanya bercakap untuk diri sendiri. Cuba tanya diri sendiri, kalau seseorang itu suka bercakap seorang diri ertinya orang itu adalah orang gila atau sakit jiwa dan mental.

Terlihat bahawa apa yang dikatakan oleh pemilik facebook itu tiada kebenaran langsung terhadap bajet Sabah kerana peruntukan persekutuan kepada Sabah bukannya RM90 juta melainkan RM449 juta. Terlihat bagaimana kurang bijaknya pemilik facebook tersebut apabila mendakwa Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman kononnya berkata, bahawa melalui bajet Sabah 2016, maka semua masalah rakyat akan selesai. Apa??

Pemilik facebook itu langsung tidak faham berkaitan bajet sedangkan bajet saban tahun dibentangkan kerana pembangunan dan masalah rakyat tidak akan berhenti sehingga dunia kiamat. Pemilik facebook itu juga langsung tidak faham apa itu masalah kerana masalah akan senantiasa ada selagi manusia masih hidup di muka bumi ini.

Juga, pemilik facebook itu langsung tidak faham berkaitan dengan infrastruktur seperti jalan raya. Sebagai contoh, jalan raya akan tentu rosak jika bertahun lama dilalui mahupun terkena banjir dan juga mengalami hakisan tanah. Memang penyelenggaran perlu dilakukan akan tetapi sangat bergantung kepada bajet kewangan. 

Pada fikiran pemilik facebook itu boleh saja menganggap Musa ini seorang yang boleh mencetak wang. Dengan sebab itu, merungut kononnya jalan raya tidak diselenggarakan. Cuba lalui di jalan raya yang digazetkan seperti jalan raya negeri atau persekutuan. Semuanya diselenggara sesuai dengan jadual atau tahap kerosakan. 

Walhal, mungkin saja yang dimaksudkan oleh pemilik facebook itu adalah jalan pertanian atau jalan perhubungan antara kampung. Jalan perhubungan atau jalan kampung tidak mempunyai peruntukan berkala sebaliknya peruntukan khas dan ianya juga bergantung kepada kewangan negeri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook