Latest News

Wednesday 30 December 2015

DASAR KABOTAJ Dibincang Bulan Depan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Baru bincang bila mau dekat2 pru... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)

DASAR kabotaj negara adalah untuk barangan yang bergerak antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang menggunakan pengangkutan laut. Dasar itu hanya meliputi perkapalan dalam negara, bukannya outbound. 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang baru, YB Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dilaporkan akan membawa isu kabotaj dalam mesyuarat kabinet persekutuan bagi maksud penambahbaikan dasar itu.

Anti Fitnah Sabah (AFS) telah telah terbaca bahawa menteri itu ingin membawa isu tersebut kerana kononnya apabila barangan inbound atau outbound daripada Sabah dan Sarawak, maka perlu melalui Pelabuhan Klang. Sebenarnya, isunya bukannya demikian kerana tiada peraturan yang mengatakan bahawa setiap barangan eksport atau import untuk tujuan Sabah dan Sarawak perlu melalui Pelabuhan Klang. Cerita yang sebenarnya, kapal-kapal kargo asing sendiri yang bertindak demikian kerana atas alasan ketakcukupan barangan untuk tujuan Sabah dan Sarawak berikutan kapal-kapal kargo tersebut perlu singgah di Pelabuhan Klang untuk mengangkut/memunggah barangan lain.

AFS kerap mengikuti penerangan berkaitan dasar kabotaj negara. Hakikatnya, tiada kemestian kapal kargo asing untuk terus berlayar ke pelabuhan-pelabuhan Sabah dan Sarawak kerana dasar kabotaj hanya meliputi barangan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang bukannya barangan untuk import atau eksport.

Sesebuah negara tiada kuasa untuk memaksa syarikat perkapalan asing untuk berlayar langsung daripada pelabuhan-pelabuhan Sabah dan Sarawak tanpa kargo. Jika itu dibuat, maka kos pengangkutan akan naik selain kos insurans. Kapal asing mengenakan kos berasaskan kepada jumlah unit yang diangkut. Semakin banyak jumlah tonnage, maka semakin rendahlah kos seunit.

Inilah masalah utama yang didepani oleh pengeksport atau pengimport daripada Sabah dan Sarawak atas sebab jumlah barang eksport dan import yang tidak cukup dan tidak konsisten. Selagi barangan untuk dan daripada Sabah dan Sarawak tidak mencukupi dan tidak konsisten, selagi itulah kapal-kapal kargo asing akan terus singgah ke Pelabuahan Klang sama ada memunggah atau membawa barangan untuk eksport.

Melihat kepada keadaan/situasi ini, maka adalah menjadi cabaran kepada peniaga Sabah dan Sarawak untuk meningkatkan barangan eksport atau import agar supaya jumlah unit mencukupi bagi kapal kargo asing untuk terus ke pelabuhan-pelabuhan dua (2) negeri itu tanpa melalui pelabuhan Klang.

Bukan sebab kerana PRU-14 akan menjelang, menjadi persoalan mengapa menteri yang berkaitan membawa isu kabotaj ke mesyuarat kabinet. Sebaliknya, ingin mendapat pandangan kerajaan bagaimana berdepan dengan masalah yang didepani.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook