Latest News

Friday 11 December 2015

Disebalik Rumitnya Penyelesaian PATI

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tidak boleh selesai dengan satu langkah... Oleh FB Tulun Sabah (screenshot)

ADA yang menganggap bahawa permasalahan pati atas sebab diberikan kad pengenalan semata-mata. Sebenarnya, jika seseorang itu sudah diberikan kad pengenalan, maka statusnya bukan pati lagi. Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI (Pati), bukanpun bertujuan untuk mencari para individu yang mendapat kad pengenalan dengan cara betul. Sebaliknya, mencari dan menyelongkar mereka yang tidak mempunyai dokumen, mereka yang mempunyai dokumen tetapi palsu dan mereka yang langsung tidak mempunyai dokumen seperti budak jalanan 'street children'.

Sejak operasi drastik memburu, menangkap dan menghantar pulang pati yang bermula pada Disember 2014 lalu, lebih 142 ribu penduduk Sabah telah diperiksa. Daripadanya lebih 24 ribu merupakan warga asing yang berdokumen tetapi telah tamat tempoh dan mereka itu telahpun dihantar pulang. Manakala lebih 17 ribu dalam tahanan kerana kesukaran menentukan status dan selebihnya hanya didaftarkan untuk memudahkan mengenal pasti status mereka.

Kerumitan yang dihadapi kerajaan adalah salah satunya melibatkan negara asing. Apabila sekumpulan manusia ditangkap tanpa dokumen yang sah, maka tindakan pertama adalah adakah ada negara yang mahu menerima dan mengaku bahawa mereka itu merupakan rakyat negara mereka? Jika tiada negara yang mengaku, maka kerumitan berlaku di pihak kerajaan. Ini kerana para individu yang ditangkap itu tidak boleh dibuang ke laut atas sebab setiap manusia yang tergolong dalam kumpulan tersebut, sesebuah negara yang menangkapnya perlu memberikan 'perlindungan kemanusian' seperti mana digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan hal-hal kemanusiaan.

Jika ikutkan nafsu dan hukum rimba, maka setiap individu yang melanggar garis sempadan boleh saja dihapuskan pada bila-bila masa. Ini seperti dalam filem dokumentari yang menggambarkan bagaimana seekor singa membaham binatang lain yang memasuki kawasannya. Benar, sungguh mudah, bukan?

Mungkin page Tulun Sabah mahukan tindakan drastik mengikut hukum rimba bagi menghapuskan pati yang berada dalam negeri ini. Pada masa ini, itu sahaja satu-satunya jalan bagi menghantar pulang atau 'menghapuskan' mereka (definisi Tulun Sabah) yang tidak berdokumen dan seterusnya kerumitan yang masih dihadapi yakni belum ada negara yang mahu menerima mereka secara bulat-bulat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook