Latest News

Wednesday 9 December 2015

Doris Jones Tiada Isu Lagi

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Keindahan jalan Matunggong dan bangunan yang terbengkalai semua Oleh FB Doris Jones (screenshot)

NAMPAK sangat bahawa Doris Jones sudah tiada idea lagi. Bayangkan longgokan batu pun menjadi isu.  Longgokan batu seperti itu sebenarnya 'perkara dan pemandangan yang biasa' di mana-mana tempat di dunia ini khususnya bagi kawasan kilang batu.

Apakah yang menyebabkan Doris Jones mempersoalkan perniagaan kilang batu? Apakah yang bermain dalam fikiran pelarian itu berkaitan dengan arang batu? Apakah kilang batu seperti itu tidak terdapat di UK? Soalan cepu emas!!

Atau Doris Jones tidak pernah melihat kilang batu dan bangunan yang sedang dibina? Sehingga menjadikan keadaan itu sebagai isu yang hangat? Sungguh pelik tapi benar!

Memandangkan Doris Jones dan orang-orangnya tiada isu yang boleh update di facebook mereka untuk tujuan agar menaikkan laman mereka itu senantiasa kekal di atas, maka menjadikan longgokan batu dan kerangga besi dijadikan sebagai cerita panas dengan berbagai tafsiran.

Memang gambar memberikan 1000 tafsiran tanpa penjelasan. Namun, terlihat benar bagaimana Doris Jones cuba mengelirukan pengikutnya melalui gambar yang membawa tafsiran.

Melihat tajuk bahawa laporan akan menyusul yang bermaksud sebenarnya Doris Jones tidak tahu apa yang sebenar-benarnya tujuan longgokan batu-batu tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook