Latest News

Tuesday 29 December 2015

Fakta Yang Termasuk Larangan Undang-Undang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dibawah Akta Hasutan berkata benar boleh mengakibatkan seseorang itu dipenjarskan... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

CONTOH mudah fakta benar yang membolehkan seseorang boleh didakwa ke mahkamah serta boleh dijatuhkan hukuman penjara adalah maklumat-maklumat yang terkandung dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 (Official Secrets Act) - OSA seperti maklumat pertahanan dan maklumat siasatan SPRM. Walaupun seseorang itu bercakap benar, namun fakta yang dicakap itu termasuk dalam OSA. Maka, seseorang yang mendedahkan sebarang maklumat tersebut boleh dijatuhi hukuman penjara.

Di seluruh dunia memang mengamalkan undang-undang tersebut bahawa ada fakta-fakta benar yang tidak boleh didedah jika fakta-fakta itu termasuk dalam OSA. Dan  jika ada sesiapa yang mendedahkannya walaupun bercakap benar, maka boleh dipenjarakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Salleh Said Keruak. Namun, mereka yang berada di laman sosial tidak berkata benar dan memberi pengertian bahawa yang dimaksudkan oleh beliau itu adalah perkara-perkara benar yang termasuk dalam OSA.

Pemilik facebook itu menganalogkan bahawa setiap maklumat yang pada kerajaan adalah seperti barangan dalam pasar gantung atau pasar terbuka. Ertinya, sesiapapun boleh melihat atau membelinya. Inilah masalahnya jika seseorang pengulas itu tidak mengerti pentadbiran sesebuah negara sehingga menyangka bahawa pentadbiran itu bagaikan pasar malam dan menganggap bahawa semua maklumat 'free for all!'

Seseorang penjawat awam atau wakil-wakil rakyat sebelum menerima tugasan adalah terlebih dahulu mengangkat sumpah bagi akui janji menyimpan kerahsiaan pihak majikan. Namun, sejak akhir-akhir ini ada di antara mereka yang melanggar sumpah kerana kepentingan peribadi termasuklah kepentingan politik.

Datuk Seri Salleh Said Keruak membuat kenyataan walaupun seseorang itu bercakap benar berkaitan dengan maklumat benar masih boleh dipenjarakan. Ini bertujuan untuk mengingatkan semula penjawat awam atau wakil rakyat agar ingat kepada sumpah mereka. Selain itu, Salleh juga mengingatkan para penjawat awam atau wakil rakyat agar senantiasa amanah dalam menjalankan tugas dan menjauhi kepentingan peribadi atau matlamat politik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook