Latest News

Monday 14 December 2015

Hanya Melalui Umno Rakyat Sabah Boleh Jadi Perdana Menteri!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Tekad Perjuangan Rakyat Sabah Oleh FB Page Suara Masyarakat Sabah (screenshot)


SISTEM demokrasi negara adalah mengamalkan mana-mana parti politik yang mempunyai banyak kerusi, maka parti itulah yang bakal membentuk kerajaan dan seterusnya presiden parti tersebut adalah bakal dilantik sebagai Perdana Menteri.

Di Malaysia, hanya parti UMNO yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat berbanding parti-parti yang lain termasuk parti-parti pembangkang.

Juga, setiap pilihan raya parti UMNO merupakan parti yang bertanding di banyak kawasan baik peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri dan dengan jayanya menang secara majoriti. Pada PRU 13 lalu, UMNO menang 88 kerusi Parlimen daripada 133 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan.

Dalam sejarah parti UMNO Kedah, Johor, Pulau Pinang dan Pahang sahaja yang pernah menjadi Presiden UMNO dan semua presiden itu berjaya menduduki jawatan Perdana Menteri Kecuali Dato' Seri Onn Ja'afar kerana beliau telah keluar daripada UMNO sebelum negara mencapai kemerdekaan. 

Pulau Pinang, sebenarnya bukan wilayah UMNO kerana parti itu tidak akan mampu membentuk kerajaan secara bersendirian. Namun, seorang pemimpin daripada negeri itu dipilih sebagai presiden parti dan perdana menteri. Sabah kini merupakan wilayah UMNO bahkan negeri itu mempunyai keahlian yang paling ramai berbanding negeri-negeri lain. Berasaskan kepada keadaan itu, pasti suatu hari presiden atau timbalan presiden UMNO bakal dilantik yang berasal daripada Sabah. Jika itu berlaku, maka rakyat Sabah boleh menduduki jawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.

Bagi mereka yang mencadangkan agar UMNO dibubar dan menggantikan dengan parti tempatan yang kononnya jika pemimpin Sabah menjadi pemimpin UMNO, maka ianya hanya mengikut rentak Kuala Lumpur yang merupakan pendapat yang sempit dan tidak berwawasan serta mahu menghalang rakyat Sabah bertampuk pada kedudukan tertinggi dalam negara.

Di samping itu, pihak-pihak tertentu yang anti sangat dengan UMNO kerana parti-parti mereka tidak akan dapat melakukan apa-apa selagi UMNO bertapak di Sabah. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook