Latest News

Friday 11 December 2015

HANYA PROVOKASI: Isu Air Kg Damai - Kg Mangkalua, Kota Marudu

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Paip air kosong!! Kerajaan menghina rakyat... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

KOTA MARUDU memang berdepan dengan masalah sumber air di masa-masa tertentu khususnya di musim kemarau. Loji yang dibina tidak cukup membekalkan air kepada pengguna pada musim-musim tertentu. Oleh sebab itu, kerajaan merancang membina empangan di Kota Belud atas sebab bantahan penduduk yang berjaya dihasut oleh pembangkang dan kumpulan SSKM, maka empangan yang bakal dibina adalah di Kota Belud yang dirancang sebahagian daripada sumber air bagi kawasan Kota Marudu.

Rupa-rupanya, selepas pembangkang dan SSKM berjaya menghasut penduduk kawasan di mana empangan bakal dibina, SSKM hanya menggunakannya sebagai bahan propaganda dan provokasi seperti mana pada gambar SSKM mempergunakan penduduk yang tidak mengetahui latar belakang sebagai maskot, pembawa banner yang bertuliskan provokasi dan sentimen semata-mata.

Sebenarnya, SSKM dan pembangkang mempunyai niat terselindung apabila melakukan bantahan sesuatu kerana terbuktinya berkaitan dengan keadaan air di Kota Marudu di mana kumpulan Doris Jones mempergunakan penduduk sebagai alat untuk propaganda jahat mereka.

Sebenarnya, pihak kerajaan dalam kesempatan ini sedang merangka dan memikirkan bagaimana mengatasi masalah air di kawasan Kota Marudu. Hal ini kerana kawasan itu tidak mempunyai sungai yang mempunyai bekalan air yang cukup di mana dijadikan sebagai sumber air yang boleh digunakan bagi pembekalan air pada loji yang telah dibina.

Kerajaan sebenarnya telah menemukan penyelesaian bagi sumber air bagi kawasan Kota Belud dan Kota Marudu melalui pembinaan empangan Tombotuon di Kota Belud. Namun, pembinaan empangan itu bagi sementara waktu ini tidak menjadi kenyataan. Mungkin pada masa depan pembinaan empangan itu juga bakal dibina. Oleh sebab itu, kepada SSKM dan Doris Jones janganlah menghasut penduduk untuk menghalang pembinaan empangan itu. Terima Kasih!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook