Latest News

Monday 21 December 2015

ISU JABATAN PERHUTANAN SABAH BAKAR KEBUN PENDUDUK KOTA MARUDU!!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mungkin jabatan perhutanan sudah kena rasuah Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DORISSS Jones memang terlalu jahat sehingga sanggup menduduh Jabatan Perhutanan Sabah membakar kebun penduduk di Kota Marudu. Untuk makluman pembaca dan bukan ditujukan kepada Doris Jones, sejak Jabatan Perhutanan Sabah itu ditubuhkan, salah satu falsafah jabatan tersebut adalah menghalang setiap pembakaran sama ada terbuka atau tertutup.

Bagi Jabatan Perhutanan Sabah, setiap pokok yang tertanam di atas tanah perlu dipelihara dan dilarang untuk ditebang sama sekali kecuali pokok itu sudah mencapai nilai ekonomik. Dakwaan yang kononnya jabatan itu membakar kebun penduduk adalah dakwaan yang sangat kejam tidak bertamadun serta bercanggah dengan misi jabatan itu.

Adalah diakui bahawa Doris Jones sudah tidak mempunyai isu lagi. Hal ini kerana tindakannya melalui SSKM tidak lagi mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh rakyat Sabah dan Sarawak sendiri. Namun, untuk tetap mendapat sokongan agar kelihatan seolah-olah masih ada penyokong bagi meneruskan saluran dana sumbangan oleh pihak asing terhadapnya, maka pelarian itu terpaksa berdolak-dalik termasuk tersalah tuduh bahawa Jabatan Perhutanan Sabah telah melakukan pembakaran di Kota Marudu. Sungguh lucu dan menyedihkan!

Untuk makluman pembaca, Jabatan Perhutanan Sabah sebenarnya mempunyai undang-undangnya yang sangat ketat. Sebagai contoh, jika terdapat sesiapa melakukan pembakaran hutan maka jabatan itu boleh membawa individu atau pesalah tersebut ke mahkamah untuk didakwa menggunakan Akta Enakmen Hutan Sabah 1968. 

Jika disabit kesalahan, maka boleh dihukum penjara atau denda wang atau kedua-duanya sekali. Oleh itu, kepada Doris Jones, berhati-hatilah dengan kenyataan liar anda jika digunakan untuk pembohongan semata-mata sebagai senjata untuk mendapatkan wang! Sungguh Memalukan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook