Latest News

Tuesday 8 December 2015

ISU JALAN BONGKOL TELAGA: Jalan Itu Bukanlah Teruk Sangat!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Jom ramai2 share supaya dpt perhatian pihak berwajip Oleh FB Yash Nite (screenshot)

FIKIR-FIKIRKANLAH kalau membuat kenyataan. Jika melihat jalan seperti dalam gambar itu, budak kecil pun akan tertawa jika ada yang mengatakan bahawa jalan seumpama itu tidak dapat dilalui.

Kerosakan jalan berlaku di mana-mana walaupun rosak. Akan tetapi, masih dapat dilalui dan dapat digunakan. 

Adalah menjadi lumrah bagi jalan-jalan perhubungan (bukan jalan protokol) yang mengalami kerosakan di sana-sini kerana jalan perhubungan sebenarnya tidak mempunyai bajet tetap. Sebaliknya, bajet berasaskan keperluan.

Melihat kepada jalan tersebut, sudah tentu Jabatan Kerja Raya (Sabah) negeri atau persekutuan sedang mencari dana untuk penyelenggaraan. 

Di Sabah memang terdapat banyak jalan perhubungan memandangkan keluasan negeri yang luas maka jalan perhubungan dibina semata-mata untuk memudahkan pergerakan penduduk. Tambahan, jalan seumpama itu belum mencapai naik taraf untuk kegiatan ekonomi. Misalnya, pengangkutan barangan ekonomi dari satu daerah ke daerah lain atau sebaliknya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook