Latest News

Tuesday 15 December 2015

ISU JAMBATAN KG. TANDEK LAUT, KOTA MARUDU: JKKK Perlu Memohon!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Maximus sibuk hal lain jadi lembu umno bn Oleh FB Page Negara Sabah (screenshot)

JAWATANKUASA Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu memohon sama ada melalui Pejabat Daerah atau wakil rakyat untuk dipanjangkan ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS). Tanpa permohonan daripada pihak JKKK, pihak yang memberikan dana tidak akan mengetahui kedudukan sebenar.

Besar kemungkinan, jambatan gantung ini sudah pun diperbaiki kerana gambar yang diupload adalah tidak diketahui tarikhnya.

Pihak pembangkang kerap menggunakan gambar-gambar daripada internet untuk tujuan provokasi dan menggambarkan bahawa kerajaan tidak bertanggungjawab.

Biasanya, jika jambatan berkeadaan seperti ini sudah dilaporkan oleh pihak JKKK kepada pihak yang berkenaan dan melalui laporan itu, pihak yang berkenaan dengan serta-merta memperbaikinya. Jika sekiranya jambatan gantung itu belum juga diperbaiki, ini bererti pihak JKKK tidak membuat laporan.

Jika terlambat memperbaiki sehinggalah gambar tersebut sempat diupload oleh pembangkang, maka jangan salahkan kerajaan! Ini kerana berkemungkinan besar ada dalang dalam JKKK itu sendiri yang mahu memalukan kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook