Latest News

Monday 14 December 2015

ISU RM 40 JUTA: Pembangkang Bertindak Sebagai Hakim, Pendakwa & Penyiasat

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Najib, buka semula kes RM40 juta Musa Aman Oleh FB Page Gerakan Perubahan Rakyat sabah (screenshot)


APABILA pembangkang bertindak sebagai hakim, pendakwa dan penyiasat, maka apa sahaja keputusan atau jumpaan pihak yang mempunyai kuasa berkaitan rasuah yang kononnya adalah tidak betul melainkan mereka juga yang betul. Betul?

Berkaitan wang derma RM40 juta kepada UMNO Sabah bukan sahaja SPRM akan tetapi Suruhanjaya Bebas Pencegah Rasuah (ICAC) Hong Kong juga menyatakan bahawa tiada sebarang salah laku terhadap sumbangan tersebut. Ini kerana sumbangan tersebut disumbangkan kepada UMNO Sabah. Penyata akaun UMNO Sabah dengan jelas mencatat butiran kemasukan wang tersebut.

Di Malaysia, tiada sebarang undang-undang yang mengawal berkaitan wang sumbangan. Oleh sebab itu, parti-parti pembangkang berdekad lamanya boleh bertahan dan bergaya mewah kerana parti-parti itu turut sama mendapat sumbangan tetapi tidak dipertikaikan pula. Sumbangan kepada parti-parti pembangkang adalah berpunca daripada syarikat-syarikat yang mengamalkan 'gergaji dua mata'

Lima tahun lalu, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak ada mencadangkan agar sumbangan kepada parti-parti politik dikawal selia. Dan untuk tujuan itu, maka satu rang undang-undang bakal dicadangkan. Namun parti-parti pembangkang bukan sahaja tidak bersetuju akan tetapi menghalang cadangan tersebut.

Pembangkitan Jimmy Wong, MP DAP bagi Parlimen  Kota Kinabalu yang kononnya sumbangan RM40 juta kepada UMNO Sabah adalah mirip dengan sumbangan RM2.6 bilion kepada BN. Maka dengan itu, perlu dibuka semula kes atau siasatan tersebut walaupun siasatan mengenainya sudah selesai dan menggambarkan bahawa ahli parlimen pembangkang itu tidak menaruh kepercayaan kepada SPRM atau ICAC Hong Kong. Sebaliknya, hanya percaya pada dirinya yang menjadi hakim, pendakwa dan penyiasat!

Sebenarnya, tujuan Jimmy Wong membangkitkan semula isu RM40 juta itu yang telah lama selesai disiasat oleh SPRM dan ICAC adalah agar rakyat kehilangan keyakinan kepada badan pencegah rasuah itu. Oleh itu, senang cerita rakyat jangan mudah terperangkap dengan maksud tersirat daripada pembangkang termasuk daripada Jimmy Wong. Sekian!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook