Latest News

Wednesday 23 December 2015

Jambatan Labuan BERSAMA Lebuhraya Pan Borneo

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Datuk Harris Salleh untuk menghubungkan pulau Oleh Web FreeMalaysia today (screenshot) (screenshot)

MEMANG BENAR bahawa cadangan pembinaan Jambatan Labuan sejauh 13 km yang menghubungkan pulau itu dengan tanah besar Sabah melalui Menumbok dicetuskan 31 tahun lalu. Namun hingga setakat ini, tiada perbincangan konkrit mengenainya walaupun pernah dikhabarkan bahawa ada pihak tertentu telah menjalankan kajian berkenaan bagi pembinaan jambatan itu.

Kunci utama bagi sesebuah projek mega apabila hendak dibina perlu melihat impak dan peluang limpahan perekonomian yang bakal dijana oleh projek itu. Melihat kepada limpahan ekonomi yang bakal berlaku jika jambatan Labuan dibina, nampaknya kos pembinaan jambatan itu tidak berbaloi atas sebab Labuan tidak memberikan impak ekonomi yang besar. Sebagai rekod, industri di Pulau itu hanya terhad kepada industri minyak dan gas disamping industri perkhidmatan dan barangan yang berskala kecil. Sedangkan niaga produk minyak dan gas tidak memerlukan pengangkutan darat yakni menggunakan jambatan yang mana sebaliknya hanya menggunakan 'pipe' sahaja ke tanah besar Sabah mahupun ke Sarawak.

Memang benar, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan merupakan 'pulau bebas cukai' namun produk yang diperdagangkan tidaklah sebesar mana dan sebahagiannya hanya meliputi produk minuman beralkohol dan rokok. Itu sudah tentu bukannya produk yang boleh membantu perindustrian secara amnya. Untuk masa ini, kegunaan jambatan hanya memudahkan pergerakan manusia dan bukannya pergerakan barangan. Juga, keadaan ini tidak sama sekali dengan Pulau Pinang kerana jambatan yang dibina adalah digunakan secara permulaannya untuk pergerakan hasil industri.

Dakwaan baru-baru, kononnya ada syarikat dari China hendak membangun projek jambatan tersebut dengan balasan agar diberikan keluasan laut seluas 8,500 hektar. Setakat ini, masih belum ada kepastian berkaitan cadangan itu walaupun ianya dipetik daripada kenyataan mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh.

Sebagaimana yang dilaporkan melalui media tersebut, Pengerusi Majlis Pengguna Labuan (LCC), Puan Fauziah Din berkata agar menyarankan cadangan daripada mantan itu haruslah dipertimbangkan oleh persekutuan melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan dimaklum balas pada masa sekarang. Ini kerana tanggungjawab pembangunan WP Labuan adalah bukan lagi berada atas tanggungan kerajaan negeri sebaliknya persekutuan. Ini berikutan Labuan telah menjadi Wilayah Persekutuan dan pembangunan di pulau itu perlu diselarikan seperti mana kemajuan yang disalurkan di kedua-dua WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di samping itu, cadangan pembinaan oleh mantan itu telah disambut baik dan disokong kuat oleh Labuan Corporation (LC), beberapa ahli politik di sana serta warga Labuan yang dahagakan kemajuan pulau tersebut. Cadangan itu ada baiknya dipertimbangkan sekiranya kerajaan menyatakan kos pembinaannya adalah cukup tinggi, maka seeloknya memberi peluang kepada cadangan itu untuk dilaksanakan di mana memberi tawaran kepada mana-mana syarikat China yang berminat untuk melabur. Perkara ini perlulah ada ketelusan agar ianya dapat dijayakan dan menjadi realiti. Dengan itu, adalah disarankan agar projek sebesar ini seboleh-bolehnya dilaksanakan seiring dan bersama dengan projek besar Lebuhraya Pan Borneo, Sabah dan Sarawak.

Walaubagaimanapun, setakat ini tiada khabar atau kepastian yang diterima oleh mana-mana pihak mengenai cadangan daripada syarikat China itu. Kemungkinan, ianya hanya merupakan cakap-cakap 'kedai kopi' sahaja!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook