Latest News

Tuesday 29 December 2015

Janakuasa Elektrik Di Sandakan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kira dulu berapa buah kampung masih dalam kegelapan... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SANDAKAN merupakan salah satu kawasan di Sabah yang berdepan dengan kekurangan bekalan elektrik. Maka, dengan sebab itu sejak sedekad lalu, kerajaan cuba membina janakuasa elektrik menggunakan arang batu di Lahad Datu. Namun, cadangan itu mendapat bantahan daripada pencinta alam sekitar. Sebagai pengganti kepada cadangan itu, maka dicadangkan janakuasa yang menggunakan gas asli walaupun kosnya adalah lebih mahal berbanding janakuasa arang batu tetapi ianya lebih mesra alam.

Kerajaan melalui Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB akan mengumumkan bila-bila masa berkaitan dengan pembinaan janakuasa itu kerana ianya tidak boleh menunggu lebih lama lagi. Ini memandangkan keperluan tenaga yang semakin mendesak bagi kawasan Sandakan dan sekitarnya.

Sesebuah kawasan jika perindustrian digalakkan selain bekalan tenaga, bekalan air juga seharusnya perlu cukup. Sebenarnya, itulah pertimbangan kerajaan dalam membina janakuasa di kawasan Sandakan.

Terlihat bagaimana komen Doris Jones bahawa sesebuah pembangunan untuk kegunaan rakyat diperlekehkan. Namun, pada masa yang sama mengupload gambar-gambar yang kononnya kerajaan tidak menjalankan pembangunan. Doris terkenal dengan dolak-dalik dan  hipokritnya kerana kerap membuat dakwaan yang bercanggah antara satu sama lain.

Doris Jones sebenarnya keliru kerana tidak dapat mengikuti perkembangan pembangunan Sabah yang sebenar-benarnya. Malah, dakwaan-dakwaannya adalah seolah-olah seperti orang di zaman batu ataupun seseorang yang boleh diibaratkan seperti "katak di bawah tempurung".

Doris Jones terperangkap kerana 'paymaster'nya dengan mempertikai dakwaan-dakwaannya sebelum ini yang kononnya Sabah tidak membangun langsung di mana kini dan dahulu adalah sama seperti keadaan Sabah seperti sebelum merdeka. Namun, penaja utamanya mendapati bahawa semua dakwaan pelarian itu semakin hari semakin auta! Memandangkan situasi dan keadaan itu berlaku, maka sedikit masa lagi Doris Jones tidak akan mendapat bayaran daripada penajanya kerana mendapati bahawa bahawa semua dakwaan yang dikemukakan melalui SSKM keseluruhannya auta.

'Apabila janakuasa eletrik Sandakan dibina, maka kekurangan tenaga eletrik di kawasan itu akan diatasi dan  dipenuhi!'.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook