Latest News

Monday 7 December 2015

Jika Musa Rasuah, Mengapa Pengurusan Kewangan Sabah "Clean Bill" oleh Ketua Audit Negara?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Inilah antara manusia paling tak guna di... Oleh FB Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

TIADA sebarang bukti bahawa YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman pengamal rasuah! Biasanya, jika sesebuah organisasi diselimuti rasuah, maka organisasi itu tidak berkembang. Demikian juga dalam kerajaan jika ketuanya adalah pengamal rasuah, maka pembangunan tidak akan berjalan dan simpanan kewangan tidak akan berkembang. Selain itu, sudah tentu laporan audit juga akan melaporkan ketirisan berlaku di sana-sini.

Ketua Audit Negara telah memberi 'clean bill' kepada pengurusan kewangan negeri sejak YAB Datuk Seri Musa Haji Aman menjadi Menteri Kewangan kemudian diteruskan apabila beliau dilantik selaku Ketua Menteri Sabah.  Bukan itu sahaja, lebih 24 jabatan dalam kerajaan negeri mendapat 4 bintang pengiktirafan taraf tertinggi yang telah diberikan. Sebagai tambahan kepada kejayaan itu, pengiktirafan antarabangsa telah memberi triple A (AAA) kepada pengurusan kewangan negeri iaitu anugerah tertinggi yang boleh diberikan peringkat antarabangsa.

Bagi makluman pemilik facebook itu, sejak YAB Datuk Seri Musa Haji Aman menjadi Ketua Menteri, simpanan kewangan negeri daripada RM100 juta semasa beliau dilantik pada tahun 2003 telah berkembang lebih RM3 bilion sejak tahun 2011 dan simpanan itu terus dikekalkan hingga kini.

Juga, untuk makluman pemilik facebook itu, bajet Sabah yang paling tertinggi adalah mencecah RM4.088 bilion. Jika dikatakan Datuk Seri Musa Aman pengamal rasuah ratusan juta, bagaimana Sabah membangun? Dan bagaimana Sabah mempertahankan simpanan kewangannya? Fikir-fikirkan!

Dalam dunia rasuah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Namun, sejak tahun 2003, tidak terdengar pun bahawa YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman melakukan amalan rasuah.

Buat pengetahuan pemilik facebook itu, sebelum Datuk Seri Musa Aman menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2000, beliau merupakan bekas banker dan seorang peniaga yang berjaya. Sebelum beliau menceburkan diri dalam politik, kekayaan beliau sudah melepasi RM600 juta. Melihat kepada kekayaan itulah, Sabah terus membangun. Sabah dapat mengumpulkan kewangan yang banyak kerana Sabah bebas rasuah.

AFS mencabar pemilik facebook itu untuk mengemukakan bukti! Bukan banyak, cukup sekadar satu sahaja pun sudah mencukupi untuk diberi bukti yang sahih jika benarlah bahawa Datuk Seri Musa Aman adalah seorang yang pengamal rasuah. 
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook