Latest News

Wednesday 23 December 2015

JONES Tidak Faham Bahawa Hanya Warganegara Sahaja Yang Boleh Mengundi

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Siapa Suruh Undi BN (screenshot)

DORIS JONES benar-benar bahalol dan langsung tidak faham bahawa di Malaysia hanya berwarganegara dan yang  berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sahaja yang boleh mengundi sewaktu pilihan raya. Dia mengatakan bahawa PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) boleh mengundi, ertinya mengesahkan bahawa 'pelarian' itu memang seorang yang telah gila sehingga dia sendiri pun tidak tahu apa yang dikatakannya.

Doris Jones menganalog bahawa semua rakyat Sabah gila seperti dia agar mempercayai bahawa PTI boleh mengundi. Bagaimana seseorang yang tidak berdaftar dengan SPR dan bukan warganegara boleh mengundi? Kalaulah semua orang merasa gila seperti Doris Jones bahawa PATI boleh mengundi, maka tiada satu kerajaan pun yang boleh di dunia ini. Oleh kerana boleh sahaja membayar orang asing datang untuk mengundi!

Melalui dakwaan Doris Jones itu, ertinya dia tahu langsung perjalanan pilihan raya di negara ini dan Doris Jones tidak tahu sistem pilihan raya negara pula. Akan tetapi cuba meyakinkan untuk dibayar 'paymaster'nya di London yang kononnya dia tahu agar supaya dana terus mengalir untuknya bagi meneruskan hidup di London. Sara hidup di London sekurang-kurangnya memerlukan RM12 ribu sebulan bagi kehidupan minima. Sedangkan pelarian itu tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap untuk itu. Maka, sangat bergantung kepada paymaster untuk terus hidup.

Di Malaysia terlalu sukar bagi mereka yang bukan warganegara untuk mengundi kerana sistem pilihan raya negara berasaskan pusat Daerah Mengundi (DM). DM, semua pengundinya saling kenal antara satu sama lain berikutan tinggal dalam kawasan yang sama. Mereka itu sebenarnya terdiri daripada kumpulan keluarga. Jika ada warga asing terselit dalam DM, maka orang itu akan menjadi seperti rusa masuk kampung. Malah, mereka yang tersenarai dalam daftar undi akan saling tertanya-tanya siapakah gerangan orang baru tersebut? Doris Jones tidak faham bahawa dalam daftar undi di negara ini telah tersenarai nama penuh seseorang pengundi dan nombor kad pengenalan. Sudah tentu telah berdaftar atau terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Walaupun sejak sekian lama para pemimpin pembangkang seperti Dr. Jeffrey Kitingan mendakwa ada PATI mengundi semasa pilihan raya, namun setiap kali pilihan raya tiada seorang pun yang pernah mereka tangkap sebagai pengundi yang dipercayai sebagai PATI. Doris Jones ada pernah tertangkapkah? Hanya mengemukakan bukti sedikit sahaja dan bukan banyak pun! Malah, seorang pun sudah cukup!!!!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook