Latest News

Wednesday 23 December 2015

KENYATAAN Doris Menghukum Penduduk WP Labuan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Labuan semakin teruk Oleh FB Doris Jones (screenshot)

AKIBAT hujan lebat yang berterusan maka telah berlaku tanah runtuh di Wilayah Persekutuan Labuan. Tanah runtuh merupakan bencana alam dan ianya hanya diketahui oleh Tuhan sahaja. Doris Jones bercakap bagi pihak Tuhan yang kononnya tanah runtuh disebabkan pulau Labuan menjadi Wilayah Persekutuan. Melalui kenyataan pelarian itu, terbukti bahawa otaknya bukan diletakkan di kepala melainkan di lutut. Opps! Jangan marah!

Doris Jones menghukum penduduk WP Labuan hanya menunjukkan bahawa dia langsung tidak memahami apa yang dikatakannya sama seperti seseorang yang sedang meracau atau seseorang yang gila tetapi dalam kategori 'gila bayang'. Sehinggalah dia masih boleh memberi kenyataan seperti itu  menghina penduduk yang terkena musibah.

Tanah runtuh, banjir, ribut taufan, gempa bum mahupun pemanasan global adalah semua fenomina alam yang tidak mungkin dapat diatasi oleh manusia. Kenyataan Doris berkaitan tanah runtuh di pulau itu sama dengan menyalahkan Tuhan sendiri yang mana mengapa Tuhan menjadikan gempa bumi yang pernah melanda di Nepal, Aceh, Indonesia atau di Jepun yang menyebabkan tsunami besar sehingga menyebabkan ratusan ribu manusia terkorban.

Dengan mendakwa yang kononnya kerana Pulau Labuan menjadi Wilayah Persekutuan, maka dikatakan hukum karma? Dengan dakwaan itu, sebenarnya pelarian itu tidak mengerti  apa itu hukum karma.

Tanah runtuh boleh disebabkan oleh banyak sebab. Antara lain disebabkan hakisan, pergerakan tanah, penebangan hutan atau pokok yang berada di atas tanah atau kawasan sekeliling mahupun pembinaan di kawasan yang tidak mempertimbangkan. Impak persekitaran atau pengambilan air bawah tanah atau berlakunya penakungan air di kawasan tinggi yang menyebabkan tanah di persekitaran menjadi lembut dan apabila jumlah air yang tertakung melampaui batasan, maka tanah tidak lagi dapat menampung. Maka, berlakulah tanah runtuh! Satu kesimpulan proses yang cukup mudah untuk dijadikan contoh yang logik jika difikirkan apa penyebabnya.

Seharusnya, Doris Jones perlu memberitahu Tuhan agar perkara-perkara ini tidak akan berlaku!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook