Latest News

Friday 11 December 2015

KENYATAAN TIDAK BENAR: Rakyat Sabah Semakin Tidak Percaya Najib - Shafie

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Sudah di buang masi lagi jadi orang UMNO Oleh FB Jaymie Jaymie (screenshot)
(ii) Salleh Keruak saja yang percaya Najib Razak Oleh FB Page Sabah intirigue (screenshot)
(iii)  kamu bersuara kerana x ada duit lagi masuk poket Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)
(iv) Ksedaran lpas jtuh dr jmbatan kaini Oleh FB Page Tulun Sabah screenshot)

KENYATAAN Dato' Seri Shafie Apdal berkaitan Dato' Seri Najib Razak sebenarnya hanya merupakan kenyataan seseorang yang kecewa akibat kehilangan jawatan dan kedudukan.

Memang benar bahawa isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion menjadi buah bibir sebahagian besar rakyat. Namun, tiada kebenarannya bahawa dua (2) isu itu adalah penyebab hilangnya kepercayaan kepada Dato' Seri Najib Razak.

1MDB merupakan satu syarikat perniagaan walaupun milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia bagi meningkatkan dan merangsangkan ekonomi negara sama ada sektor dalaman mahupun luaran

Kerajaan melalui kementerian kewangan hanya menyalurkan RM1 juta sebagai modal pertama penubuhan syarikat itu. Selepas itu, kerajaan hanya memberikan standby credit sebesar RM950 juta di mana standby credit itu merupakan pinjaman yang perlu dibayar semula.

1MDB tidak sama dengan syarikat-syarikat lain seperti MAS yang perlu dibail-out oleh kerajaan sedangkan 1MDB tidak menggunakan wang kerajaan/wang rakyat untuk menjalankan perniagaannya. 

Dakwaan berbagai pihak termasuk Dato' Seri Shafie Apdal bahawa syarikat itu mendapatkan tanah-tanah kerajaan dengan harga rendah adalah bukan menunjukkan bahawa berlakunya  salah guna harta kerajaan. Walhal, semasa membeli tanah-tanah itu ia perlu diubah landskap untuk tambah nilai agar supaya meningkatkan nilai inovasinya.

Manakala isu derma wang RM2.6 bilion pula tidak melibatkan kewangan rakyat negara ini yang tidak melibatkan apa-apa transaksi balasan. Sebaliknya, sumbangan itu diberikan secara ikhlas oleh penyumbang kepada  Dato' Seri Najib Razak bagi maksud yang hanya diketahui oleh penyumbang dan penerima sumbangan sahaja.

Kenyataan Dato' Seri Shafie Apdal bahawa dua isu itu menjadi penyebab rakyat Sabah hilang kepercayaan terhadap perdana menteri sebenarnya hanya satu persepsi sahaja.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook