Latest News

Thursday 17 December 2015

Ketua Menteri Sabah - Memang Rakyat Sabah Yang Menentukan!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Rakyat Sabah patut diberi kuasa untuk memilih siapakah Ketua Menteri Oleh FB Doris Jones (screenshot)

KENYATAAN daripada Parti Cinta Sabah (PCS) itu, sememangnya buta sejarah kerana sejak Sabah menyertai Malaysia pada tahun 1963, hanya rakyat Sabah secara tunggal yang menentukan siapa Ketua Menteri mereka. Tidakpun pernah berlaku, bahawa Ketua Menteri Sabah ditentukan oleh pihak lain atau mana-mana pihak di luar.

Amalan demokrasi di negara kita, setiap keputusan pilihan raya mana-mana parti yang mempunyai kerusi terbanyak, maka akan membentuk kerajaan di Sabah dan ketuanya sudah tentu menjadi 'Ketua Menteri'.

Semasa pemerintahan USNO, Ketua Menteri adalah Presiden Usno. Di zaman pemerintahan Berjaya, Ketua Menteri adalah Presiden Berjaya. Di era pemerintahan PBS, Ketua menteri adalah Presiden PBS! Maka, demikian juga di era pemerintahan Umno, Ketua Menteri adalah Pengerusi Bn Sabah. Sesiapa sahaja yang dilantik sebagai pengerusi Bn  Sabah, maka pemimpin itulah menjadi Ketua Menteri Sabah.

Demikian juga seterusnya, parti-parti mana yang mempunyai kerusi terbanyak, maka presiden parti itu akan dilantik sebagai ketua menteri. 

Nampaknya, Parti Cinta Sabah (PCS), tidak mengikuti sejarah pembentukan kerajaan Sabah dengan bermain-main dengan dokumen yang mereka sendiri tidak faham! Seolah-olah mereka ini, baru keluar daripada gua tanpa mengetahui sejarah awal Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook