Latest News

Wednesday 9 December 2015

Kewujudan Parti Politik Di Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  (JPPM) telah meluluskan secara rasmi 13 parti politik baru bagi Sabah Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

PENUBUHAN parti politik dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) adalah sememangnya bertindak dan meluluskan ke atas setiap permohonan. Jabatan itu tidak melihat permohonan itu berasal daripada mana asalkan pemohon adalah merupakan rakyat Malaysia.

Tuduhan page Tulun Sabah yang kononnya penubuhan parti-parti tempatan di Sabah ditentukan oleh orang Malaya adalah dakwaan yang sangat karut! Hal ini kerana asas kepada kelulusan pada sebarang parti politik itu adalah tidak mengira di mana parti itu didaftarkan melainkan atas permohonan semata-mata.

Sepatutnya, Tulun Sabah bertanyakan kepada setiap presiden parti-parti itu atas tujuan apakah mereka menubuhkan parti tersebut.

Untuk pengetahuan Tulun Sabah, sebenarnya setiap parti yang ditubuhkan oleh para pemimpin parti itu telah menjalankan penyelidikan. Kononnya, jika mereka menubuhkan parti maka rakyat akan menyokong mereka. Seterusnya, sokongan itu membolehkan mereka menubuhkan kerajaan dengan mengalahkan kerajaan yang memerintah. Ertinya, dakwaan Tulun Sabah yang kononnya parti-parti yang ditubuhkan adalah untuk memecah undi dan bukannya tujuan penubuhan sesebuah parti. Jika demikianlah tujuan penubuhan sesebuah parti itu, maka matlamat penubuhan parti itu tidak mencapai sasaran seperti mana kajian yang mereka telah lakukan.

Seelok-eloknya, page Tulun Sabah berkempen agar parti-parti itu membubarkan parti-parti mereka agar supaya ikut saja apa yang diperkatakan oleh Tulun Sabah bahawa mereka-mereka itu hanya dipergunakan. Siapa makan lada, dia terasa pedas!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook