Latest News

Monday 21 December 2015

KONONNYA KERJA BN UMNO: Kad Pengenalan Bagi Rakyat Filipina & Indonesia

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini Kerja BN UMNO Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

DAKWAAN berkaitan kad pengenalan diberikan kepada rakyat asing khususnya Filipina and Indonesia, memaksa kerajaan menubuhkan RCI (Pati) di Sabah pada tahun 2012. Selepas penubuhan RCI kemudian disusuli keputusannya, terbukti bahawa semua sangkaan atau andaian berbagai pihak yang kononnya pemberian kad pengenalan secara berleluasa diberikan kepada rakyat asing adalah ternyata tidak benar. Apa yang dijumpai oleh RCI (Pati) Sabah adalah kad pengenalan palsu yang dilakukan oleh sindiket yang bermotifkan kewangan.

Berasaskan kepada keputusan atau temuan RCI Pati Sabah itu, maka bermulalah pada Disember 2014 kerajaan negeri telah membuat keputusan drastik, memburu, menangkap dan  menghantar pulang setiap rakyat asing yang didapati mempunyai kad pengenalan palsu. Sehingga September 2014, lebih 143 ribu penduduk Sabah telah diperiksa dan daripadanya sebanyak 24 ribu adalah warga asing yang tiada dokumen telahpun dihantar pulang. Manakala 17,000 masih dalam tahanan sementara kerana memiliki dokumen-dokumen yang disangsikan ketulenannya.

Dakwaan berbagai pihak khususnya parti pembangkang serta pemimpin mereka yang kononnya terdapat rakyat asing diberikan kad pengenalan membuatkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menyiasat dan menjalankan operasi sepanjang masa untuk membuktikan dakwaan tersebut.

Memang diakui bahawa ada kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berada di Sabah disebabkan oleh berbagai faktor. Antara lainnya adalah seperti tamat tarikh tempoh paspot atau visa. Lazimnya, para individu sedemikian tidak pulang ke negara mereka masing-masing kerana sudah merasa nyaman tinggal di negeri ini selain mempunyai pekerjaan juga suasana negeri yang aman damai. Di samping itu, keberadaan warga asing di Sabah juga adalah akibat pergolakan politik di Selatan Filipina pada tahun 70-an di mana mereka yang menjadi pelarian, tidak ingin pulang semula selepas keamanan telah dicapai.

Keadaan warga asing di Sabah adalah sama seperti di Semenanjung. Ini kerana di Semenanjung kedatangan pekerja asing adalah atas permintaan para syarikat perniagaan. Para syarikat memberi jaminan ke atas pekerja mereka di samping menawarkan pendapatan yang agak berpatutan. Selain itu, kedatangan pekerja asing tersebut telah dikoordinasi dan dimasukkan secara teratur serta diberi dokumen pas bekerja secara sah.

Dakwaan bahawa pekerja asing selepas tamat tempoh visa mereka, kononnya diberikan kad pengenalan adalah dakwaan yang sangat liar dan nakal. Seolah-olah, kerakyataan negara ini begitu murah sekali sehinggakan mereka-mereka yang sewaktu dengannya akan diberi kerakyatan dengan mudah.

Page facebook tersebut seperti biasa tidak dapat menilai sendiri apakah yang diperkatakan atau didakwanya. Walhal, melalui dakwaan itu membuatkan status kerakyatan negara ini terlalu murah termasuklah kerakyataan pemilik page facebook itu sendiri jika benar sekiranya dia adalah warganegara Malaysia juga.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook