Latest News

Wednesday 16 December 2015

KRITIKAN TERHADAP KBS SABAH: Atlet OKU TIDAK DIBERI PERHATIAN???


APA yang kurang diketahui oleh pihak-pihak yang mengkritik berkaitan peranan Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KKBS) terhadap atlet paralimpik negeri Sabah adalah peranan kementerian itu dalam membantu pencapaian para atlet orang kurang upaya (OKU) termasuk mereka yang terpilih mewaklili negara.

Sebenarnya, sebelum KKBS mengambil peranan melatih menyediakan kemudahan seperti tempat latihan dan jurulatih, atlet yang tergolong dalam atlet orang kurang upaya itu berada di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Sabah sebelum ianya diserap oleh KKBS 3 tahun lalu.

KKBS, sejak tahun 2014 lagi telah membelanjakan lebih RM300,000 bagi latihan serta bimbingan termasuk kos menyertai beberapa acara sukan baik dalam negeri atau luar negara termasuk temasya SUKMA dan kejohanan Sukan Paralimpik di Singapura.

KKBS bukan sahaja menyediakan berbagai kemudahan dan bantuan kewangan. Malah, para pegawai kementerian juga terlibat sama baik sebagai pegawai pengiring ataupun juga sebagai 'Pegawai Seranta'.

Khusus bagi para peserta daripada Sabah yang terpilih ke Singapura, KKBS memberi sumbangan wang saku sebanyak RM1000 setiap atlet. Malah, bagi atlet yang mendapat pingat emas akan mendapat hadiah insentif sebesar RM10,000. Bagi atlet Felicia Mikat yang mendapat 3 pingat emas akan mendapat insentif bernilai RM20,000. Hal ini kerana bagi pingat emas pertama diberikan insentif sebesar RM10,000 dan sementera pingat berikutnya adalah bernilai RM5000 setiap pingat.


Gambar: Felicia Mikat, Atlet OKU Sabah
Isu yang dibangkitkan di media sosial, "mengapa tiada sambutan terhadap para atlet semasa ketibaan?" Sebenarnya, para atlet yang tiba ke tanah air adalah disertai para pegawai KKBS. Sepatutnya, yang menyambut adalah rakyat Sabah yang mengaku prihatian terhadap atlet OKU daripada Sabah termasuklah mana-mana individu yang mempersoalkan mengapa tiada sambutan diadakan.

Mereka yang membuat dakwaan kononnya tiada sambutan diadakan sebenarnya bukan sahaja tidak adil akan tetapi mempunyai niat jahat atas sebab ketibaan para atlet di lapangan terbang sebenarnya telah disambut oleh para peminat termasuk keluarga dan rakan-rakan atlet.  Namun malangnya, mereka yang mendakwa kononnya tiada sambutan itu sebenarnya tidak adil dan tidak berkata benar serta tidak membuat laporan sebenar.

Untuk pengetahuan pihak yang membuat dakwaan itu di mana kononnya para atlet orang kurang upaya tidak diberi perhatian oleh kerajaan, sebenarnya merupakan dakwaan jahat. Ini kerana sejak kementerian itu diterajui oleh YB Datuk Haji Tawfiq Datuk Haji Abu Bakar Titingan, semua atlet tidak mengira latar belakang telah mendapat dan diberi perhatian sepenuhnya.

Sebagai membuktikan bahawa kerajaan mengambil kira setiap atlet tanpa mengira latar belakang, esok akan diadakan acara sambutan kepada para atlet yang berjaya menyumbang pingat termasuk penyerahan hadiah wang insentif yang bertempat di Pejabat
Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KKBS) di Bangunan MUIS, Kota Kinabalu bermula pada jam 9 pagi.

"Pengkritik-pengkritik itu juga dijemput hadir untuk menyaksikan acara penghargaan kepada para atlet kita".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook