Latest News

Monday 28 December 2015

LAGI CERITA FELICIA MIKAT

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Menteri Sabah tidak kisahi ada hal begini Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

FELICIA Mikat atlet OKU daripada Tambunan, Sabah yang menyumbang tiga (3) emas semasa Temasya Sukan Paralimpik di Singapura yang berlabuh pertengahan bulan ini bukan sahaja diberikan hadiah RM20,000 sebagai insentif untuk kekal sebagai atlet penyumbang emas. Malah, beliau juga telah diberi penghormatan oleh kerajaan negeri Sabah.

Memang semasa temasya sukan itu, Felicia adalah sebahagian daripada para atlet Malaysia yang menyumbang emas dan sudah tentunya nama negara dan negeri menjadi harum kerana pencapaian itu.

Kerajaan seperti mana kenyataan Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan tidak mengira latar belakang atlet yang berasal daripada negeri ini asalkan mereka itu mempunyai potensi atau keupayaan untuk mengharumkan negara. Maka, sudah tentu diberikan berbagai bantuan serta sokongan untuk memantapkan diri sebagai atlet.

Kedudukan Felicia hanya dikenal pasti selepas menyumbang pingat untuk julung kalinya. Demikian juga status keluarga atlet itu. Melihat kepada keadaan keluarga itu, maka wajar diberikan rumah Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT). Untuk makluman pembaca dan pengkritik, setiap keluarga yang tergolong daif jika berdaftar dengan eKasih, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri lazimnya akan membina rumah PPRT bagi keluarga itu. Memandangkan keluarga Felicia tidak mendaftar dalam eKasih, maka adalah penyebab mengapa rumah PPRT tidak dibina.

Status Felicia dan keluarganya hanya diketahui selepas terpilih sebagai atlet OKU bagi mewakili Sabah. Sebelum itu, tiada laporan mengenai kedudukan keluarga atlet tersebut.

Kerajaan dalam membantu keluarga daif pertama perlu mendaftar dalam eKasih. Jika tidak mendaftar, maka disitulah kedudukan keluarga itu terlepas peluang. Bagi kes keluarga Mikat, kini sudah dalam perhatian kerajaan. Hanya masa yang menentukan bila sebuah rumah PPRT dibina untuk keluarga atlet tersebut.

Bagi kenyataan yang mengatakan bahawa atlet itu merupakan 'Unsung Hero' adalah tidaklah tepat. Ini kerana sebaik sahaja atlet itu menang pingat emas, bukan sahaja media tempatan yang menyiarkannya. Malah, media kebangsaan dan orang yang pertama yang mengupload gambar atlet tersebut adalah tidak lain Menteri Belia dan  Sukan Negeri Sabah, YB Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Kerajaan negeri dalam membantu para atlet sudah menyerahkan tugas itu kepada kementerian yang menjaganya. Oleh itu, tidak adil jika ada sesiapa yang mengecam Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman kerana sebarang bantuan atau sumbangan sebenarnya telah diatur sedemikian rupa dan hanya menunggu masa sahaja untuk ianya dijadikan kenyataan.

Lihat bagaimana tindak balas kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KKBS) sebaik sahaja atlet itu pulang ke tanah air, dia dijemput datang bersama keluarganya di kementerian untuk acara sambutan rasmi dan  penyerahan hadiah.

Kepada mereka yang memperlekehkan peranan kerajaan sebenarnya hanya tumpang glamour sahaja dengan kejayaan orang lain yang kononnya prihatin. Sedangkan, sebelum ini tidak pernah bercakap berkaitan dengan atlet OKU tersebut termasuklah pemilik facebook itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook