Latest News

Thursday 3 December 2015

LAGI GAMBAR TITIAN DISENSASIKAN!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mana pemimpin dearah pitas Oleh FB Doris Jones (screenshot)


SUDAH menjadi kebiasaan di perkampungan jika ada kawasan rendah yang kerap dilanda banjir, pasti akan dibina sebuah titian sementara yang hanya untuk tujuan menyeberang. Kawasan seumpama ini tidak selama-lamanya akan mengalami banjir. Akan tetapi mungkin saja sekali dalam setahun. 

Titian seumpama ini biasanya dibina oleh penduduk kampung yang menggunakan jalan tersebut. Jalan yang bersebelahan dengan titian itu, jika menggunakan kenderaan masih boleh dilalui. Namun, bagi mereka yang berjalan kaki untuk mengelak daripada basah kuyup, maka menggunakan titian kayu tersebut bagi melintas atau menyeberang jalan.

Jalan seumpama ini hanya merupakan jalan perhubungan antara dua (2) kampung atau kawasan dan bukannya sebagai jalan utama yang menghubungkan pekan, kemudahan kesihatan atau pejabat-pejabat kerajaan. Jalan seumpama ini kadangkala digunakan oleh penduduk kampung sama ada menunju ke ladang atau ladang sawah.

Melihat kepada latar belakang jalan ini, memangpun kurang berpenghuni dan tiada aktiviti ekonomi melainkan jalan itu berkemungkinan dibina atas permintaan dan hanya mendapat peruntukan "one-off" dan tidak digazetkan oleh Jabatan Kerja Raya atau pejabat daerah.

Membina jalan raya atau infrastruktur dengan mengunakan wang rakyat perlu memenuhi beberapa peringkat pensyaratan. Antara lain  adalah kos berimbang, limpahan ekonomi akibat pembinaan jalan tersebut serta impak alam sekitar. Melihat kepada keadaan seperti yang tertera dalam gambar tersebut, nampaknya tiada aktiviti ekonomi yang membantu pembinaan jalan raya atau jambatan tetap bagi kawasan itu.

Kepada pemilik facebook tersebut atau Doris Jones atau sesiapa saja yang sudi berkongsi apa-apa gambar secara online, jika ingin mensensasikan mana-mana gambar titian terutamanya yang berada di pedalaman, sila fikir-fikirkan dahulu sebelum memuat naik ke page anda! Sungguh tiada logiknya jika diberi contoh seperti gambar ini untuk dijadikan isu utama untuk menghentam kerajaan. Tiada logiknya!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook