Latest News

Friday 4 December 2015

Lajim Cuba Menegakkan Benang Basah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Pemimpin Umno juga pernah bertemu Kiram: Lajim Oleh FB Jaymie Jaymie (screenshot)

PERJUMPAAN antara Jamalul Kiram III dan pemimpin BN dan Nurul Izzah Anwar serta Tian Chua adalah berlainan masa dan keadaan. Semasa Jamalul Kiram III berjumpa pemimpin BN adalah sebelum berlakunya pencerobohan Kg. Tanduo yang menyebabkan kematian 10 anggota pasukan keselamatan negara. Perjumpaan Jamalul Kiram III dengan pemimpin BN belum diisytiharkan bahawa kumpulan Jamalul Kiram III merupakan pengganas. Nampak perbezaannya, bukan?

Datuk Seri Lajim Ukin sebenarnya menyedari keadaan yang berbeza itu. Namun, dalam rangka mempertahankan Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua maka terpaksa membuat kenyataan demikian.

Apakah salah berkawan dengan seseorang yang belum menjadi penjenayah? Kemudian memulaukan kawan itu selepas menjadi penjenayah? Dalam keadaan perjumpaan Jamalul Kiram III dengan pemimpin BN, Jamalul Kiram III dianggap sebagai sebahagian daripada pemimpin kumpulan Islam di Filipina yang mahu autonomi di Selatan Filipina dan bukannya kumpulan yang mahu merampas Sabah.

Manakala perjumpaan anak kepada Jamalul Kiram III, Jacel Kiram III dengan Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua adalah selepas menjadi label seorang wanita yang merupakan sebahagian daripada penyokong pengganas Sulu yang menyerang Kg. Tanduo pada Februari 2013 lalu. Perlu dibangkitkan semula bahawa semasa pencerobohan kumpulan Jamalul Kiram III di Kg. Tanduo, Lahad Datu 10 anggota keselamatan telah dibunuh dan 10 keluarga telah hilang tempat bergantung.

Perlu diingatkan semula juga bahawa pencerobohan Jamalul Kiram III itu, kerajaan terpaksa berbelanja ratusan juta ringgit untuk menjaga keselamatan Pantai Timur Sabah khasnya dan Sabah umumnya.

Datuk Seri Lajim Ukin sebagai rakyat Sabah dengan memberikan kenyataan membela Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua menggambarkan bahawa beliau langsung tidak simpati terhadap keluarga yang kehilangan tempat bergantung yang terbunuh akibat tindakan pengganas Jamalul Kiram III.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook