Latest News

Thursday 31 December 2015

LAPORAN RCI Pati Sabah 2014

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) RCI RCI RCI - Mana Sudah RCI... Oleh FB John Charles Mitah Mikat (screenshot)

MEREKA yang mendakwa kononnya ada kegiatan menjadikan warga asing sebagai warganegara segera merupakan asas penubuhan RCI (Pati) Sabah. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa sebahagian besar daripada mereka yang mendakwa itu merupakan para penyokong atau pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 90-an. Malah, ada pemimpin PBS membawa isu ke peringkat mahkamah sehingga ada wakil rakyat diisytiharkan kemenangannya dalam pilihan raya sebagai “null and void” atau terbatal.

Oleh kerana dakwaan yang membawa persepsi bahawa memang wujud satu kegiatan memberi kewarganegaraan kepada rakyat asing, maka kerajaan menubuhkan RCI (Pati) Sabah pada tahun 2012. Siasatan berjalan begitu lama melibatkan ratusan orang sebagai saksi malah RCI itu diketuai oleh seorang hakim yang sangat berpengalaman serta mantan-mantan pegawai kerajaan kanan termasuk mantan Setiausaha Kerajaan Negeri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Selepas siasatan selesai yang memakan masa agak panjang serta melibatkan ramai orang, maka pada Disember 2014 diumumkan hasil temuan RCI itu.  Daripada hasil temuan itu, antaranya didapati bahawa memang tidak terbukti bahawa ada kegiatan memberi kewarganegaraan kepada rakyat asing oleh kerajaan yang kononnya digembar-gemburkan oleh manifesto pembangkang. Apa yang berlaku adalah pemalsuan kad pengenalan biru oleh sindiket bagi maksud motif kewangan semata-mata. Selain itu, tidak juga disangkal ada rakyat asing yang mendapat kerakyatan akibat pemalsuan dokumen oleh pihak-pihak tertentu seperti Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua Anak Negeri mahupun tali barut pegawai-pegawai tertentu di JPN (Sabah). Namun, tidak didapati bahawa tindakan mereka itu bermotifkan kewangan kecuali beberapa pegawai di JPN yang telah disoal siasat yang terlibat dalam membantu sindiket pemalsuan kad pengenalan biru.

Berasaskan temuan RCI Pati Sabah itu khususnya berkaitan dengan rakyat asing yang mendapat kerakyatan yang disebabkan oleh pemalsuan dokumen oleh pihak-pihak tertentu, maka jawatankuasa-post  RCI Pati Sabah ditubuhkan dan melantik Tan Sri Pairin Kitingan selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Warga Asing. Ini adalah atas sebab sewaktu PBS memerintah sehingga tahun 90-an, pihak Pairinlah yang kononnya mempunyai bukti-bukti bahawa adanya kewujudan ramai rakyat asing yang diberi kerakyatan.

Tugas jawatankuasa itu adalah mencari dan mengenal pasti rakyat asing yang mendapat kerakyatan dengan menggunakan dokumen palsu seperti surat kelahiran dan surat perakuan berkanun. Jawatankuasa itu berdepan dengan berbagai hambatan antara lain kepada ketua-ketua kampung atau ketua-ketua anak negeri yang disyaki memberi dokumen yang dipalsukan. Walaubagaimanapun, kebanyakan dikalangan mereka telahpun meninggal dunia. Maka, bagi mengesahkan apakah sesuatu dokumen itu palsu atau tidak sekurang-kurangnya memerlukan penyelidikan yang telus  dan  rapi kerana jika tersalah memberi keputusan yang ralat, jawatankuasa itu boleh di bawa ke mahkamah oleh meraka yang dituduh. Bahkan, jika jawatankuasa itu memang didapati tersilap yakni dikira bersalah oleh keputusan mahkamah kelak, sudah tentu menjadikan orang tertuduh itu menjadi jutawan segera dengan perolehan saman mereka!

Mereka yang tidak sabar-sabar menunggu apa tindakan dan jawapan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pairin, sebenarnya mereka yang tidak mengetahui bagaimana rumitnya kerja jawatankuasa tersebut. Tindakan mengenal pasti mana-mana rakyat asing yang mendapat kerakyatan berasaskan anggapan bahawa dokumen yang digunakan dipalsukan adalah sangat memerlukan ketelitian yang tinggi. Adalah lebih baik bekerja agak lambat sedikit tetapi betul dan tepat berbanding cepat namun salah dan kurang cermat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook