Latest News

Friday 11 December 2015

Membangun Perlu Masa Yang Lama

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KELUAR adalah jawaban bagi kami di Borneo Oleh FB Doris Jones (screenshot)


PEMBANGUNAN sesebuah negara bukanlah mudah. Selain memerlukan masa yang panjang adalah juga kos yang banyak disamping memerlukan teknologi serta sumber manusia untuk proses pembangunan tersebut.

Semenanjung memerlukan lebih 50 tahun untuk membangun. Walaupun di situlah ibu negara terletak dan di situlah juga pelabuhan terbesar berada. Juga, keberadaan lapangan terbang terbesar negara terletak dan paling penting adalah berjiran dengan negara pelabuhan yag paling sibuk di dunia serta laut selat bagi laluan kapal kargo yang paling sibuk di dunia.

Sabah dan Sarawak bersempadanan dengan kawasan Indonesia yang kurang maju dan terletak pada kawasan yang bukan laluan kapal antarabangsa. Secara logiknya, memajukan kawasan Sabah dan Sarawak bukanlah semudah apa yang difikirkan. Walaupun dua (2) negeri itu kaya dengan sumber alam, ianya masih tidak mencukupi untuk menampung kos pembangunan jika perancangan teliti tidak dibuat dengan saksama

Sebenarnya, pendapatan sesebuah negeri bukan sahaja pula bergantung kepada sumber alam. Akan tetapi juga pada aktiviti ekonomi seperti perdagangan dan perkhidmatan. Selain daripada itu, jumlah penduduk yang mencukupi juga adalah baki kepada mendukung aktiviti pembangunan tersebut.

Sabah dan Sarawak tidak boleh disamakan dengan Brunei Darussalam. Ini kerana negara itu selain mempunyai penduduk yang sedikit dan keluasan negara yang agak kecil, sebaliknya simpanan minyaknya yang cukup tinggi berbanding Sabah dan Sarawak. Untuk rekod Sabah, hanya mengeluarkan 200 ribu setong minyak sehari dan Sarawak adalah kurang daripada itu. Berbanding di negara Brunei pula yang mempunyai pengeluaran di atas satu juta setong sehari.

Terlihat benar bagaimana projek pihak-pihak tertentu termasuk daripada SSKM yang mahu Sabah dan Sarawak supaya keluar daripada malaysia. Kononnya, dengan cara itu maka dua (2) buah negeri itu cepat maju. Perbalahan itu sebenarnya adalah perangkap senyap daripada bekas penjajah. Ini kerana selepas perpecahan itu berlaku, penjajah boleh saja akan kembali semula seperti mana berlaku sebelum merdeka. Memandangkan membangun itu perlu tenaga pakar dengan memerlukan modal kewangan dan sumber manusia yang cukup serta pasaran bagi produk yang dikeluarkan, sudah tentu 'masa' menjadi musuh tegar kepada peringkat-peringkat pelaksanaan pembangunan sehinggalah menjadi sebuah negara yang maju kelak.

Sabah dan Sarawak akan kembali kepada takuk lama atau memerlukan tambahan masa yang panjang untuk merancang pembangunan dan ekonomi. Hal ini kerana semua sistem akan bertukar 360 darjah berikutan berlakunya perubahan yang tidak lagi dapat menggunakan semua kemudahan yang ada dan ianya bakal ditarik balik akibat dua (2) negeri itu keluar daripada persekutuan Malaysia.

Bagi negara yang baru merdeka, sudah tentu memerlukan pasukan keselamatannya sendiri. Sebagai contoh mudah, apa sahaja keperluan negeri perlu segalanya perolehan secara sendiri. Persoalannya, dari mana kos untuk menampung semua itu? Bergantung kepada sumber alam yang tidak boleh diganti seperti minyak dan gas serta kayu-kayan? Itu tidak akan menjadikan Sabah dan Sarawak cepat maju. Sebaliknya, dalam masa tertentu akan menjadi muflis. Bahkan, apatah lagi jika harga sumber alam merundum ekoran kejatuhan ekonomi global.

Maka dengan itu, berasaskan kepada penjelasan-penjelasan di ataslah yang mana masih belum membicarakan secara lebih mendalam, majoriti rakyat dua negeri ini mahu terus kekal bersama Malaysia selama-lamanya. Itu sangat bijak dan logik!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook