Latest News

Thursday 31 December 2015

Menaik Taraf Jalan Kampung Di N8 Usukan, Kota Belud

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini adalah ProjekJalan Raya JKR Sabah di Kota belud... Oleh FB Page GPRS (screenshot)

CADANGAN menaik taraf jalan di beberapa kampung di N8 Usukan, Kota Belud sebenarnya adalah cadangan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Pejabat Daerah Kota Belud. Jumlah kilometer jalan bagi cadangan menaik taraf tersebut keseluruhannya sejauh 6 km. Namun, hanya 2.4 km telah diluluskan bagi pelaksanaan tahun 2014. Manakala bakinya dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu bermula tahun 2016. RMK bertempoh selama lima tahun dan proses naik taraf jalan itu akan dilaksanakan dalam tempoh tersebut.

Lazimnya, menaik taraf sesebuah jalan memerlukan kewangan dan  masa yang cukup dan kerajaan sangat bergantung kepada ketersediaan kewangan bagi maksud tersebut. Jalan seumpama ini merupakan jalan perhubungan yang tidak mempunyai bajet berkala seperti mana jalan-jalan protokol yang lain. Sebaliknya, jalan seumpama ini memerlukan peruntukan khas sesuai dengan jenis permohonannya.

Kerajaan sebenarnya berusaha dengan sedaya upaya menaik taraf jalan-jalan perhubungan di seluruh kawasan Sabah khususnya jalan-jalan perhubungan yang padat penduduk. Namun, kekangan utama kerajaan adalah dana.  Kerajaan sebenarnya mempunyai dua (2) cara bagi melaksanakan menaik taraf jalan-jalan kampung iaitu melalui dana negeri dan persekutuan.

Bagi jalan-jalan perhubungan yang berlokasi di N8 Usukan, Kota Belud di mana wakil rakyatnya adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), YB Datuk Seri Salleh Said Keruak tahu benar akan keperluan menaik taraf jalan-jalan tersebut. Namun, seperti yang dinyatakan bahawa kesediaan kewangan untuk maksud tersebut hanya tersedia pada RMK-11 kelak.

Bagi pembangkang, sebenarnya isu-isu seperti ini adalah modal mereka bagi menghentam kerajaan atau pemimpinnya tetapi mereka tidak tahu perkara sebenar apa yang sedang berlaku.

Pembangkang hanya melihat dengan mata namun mereka tidak mengetahui apa tindakan wakil rakyat bagi kawasan itu. Apa sahaja berkaitan dengan pembangunan, semuanya berkaitan dengan ketersediaan kewangan. Apabila kewangan telah tersedia, maka pembinaan akan dilaksanakan! Kata orang, lebih baik ada yang ditunggu berbanding dengan tiada langsung seperti mana tindakan pembangkang yang hanya berretorik untuk menggamit sokongan rakyat sahaja!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook